Pemilihan UMNO Johor Bahru ditangguh, digantung

Pemilihan UMNO Johor Bahru ditangguh, digantung

Pemilihan UMNO Johor Bahru ditangguh, digantung
AZMI SAMIN (kanan) memaklumkan proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh dan digantung ekoran berlaku pertambahan kertas undi berbanding jumlah perwakilan yang mengundi.

JOHOR BAHRU: Proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang diadakan di Hotel New York, di sini hari ini ditangguh dan digantung.

Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Johor Bahru, Azmi Samin berkata, keputusan itu dibuat selepas berlaku pertambahan bilangan kertas undi melibatkan perwakilan yang hadir.

“Keputusan ini muktamad. Ini kerana jumlah perwakilan yang berdaftar pagi tadi untuk mengundi adalah seramai 523 orang, namun setelah kiraan dibuat jumlahnya mencecah 590 kertas undi.

“Sehubungan itu, saya umumkan pemilihan melibatkan Bahagian Johor Bahru kali ini ditangguh dan digantung. Proses seterusnya adalah untuk dimaklumkan kepada JPU Pusat dan kita tunggu siasatan JPU Pusat,” katanya mengumumkan penangguhan dan penggantungan itu selepas kiraan selesai dibuat pada pukul 10.15 malam ini.

Keputusan itu menyaksikan pemilihan melibatkan kesemua jawatan yang dipertandingkan terjejas, khususnya jawatan Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian serta Naib Ketua UMNO Bahagian.

Sementara itu, Pengerusi JPU Johor Bahru, Sonawan Mad Som pula bersumpah bahawa pihaknya tidak terlibat dengan sebarang tindakan salah laku melibatkan pemilihan bahagian berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Apabila dibuat perkiraan memang ada banyak beza, kalau setakat lima atau enam undi saya tidak terperanjat, tetapi ini jumlahnya sehingga 30, 40 keping jadi saya sendiri terperanjat kerana kami memang menjaga perjalanan proses.

“Saya berani sebut memang tiada seorang daripada petugas kami yang membuat kerja bukan-bukan ini,” katanya sambil turut melafazkan sumpah laknat.

Menurut sumber, insiden itu pertama kali berlaku dalam sejarah UMNO Bahagian Johor Bahru.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Hairi Mad Shah dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Yahya Jaafar. – UTUSAN

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Pemilihan UMNO Johor Bahru ditangguh, digantung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker