Muhyiddin Gagal Dapatkan Passport

Muhyiddin Gagal Dapatkan Passport

Muhyiddin Gagal Dapatkan Passport

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan terus menyimpan pasport bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Mahkamah jenayah menolak tawaran ahli Parlimen Pagoh itu untuk mendapatkan semula  pasportnya secara kekal.

Muhyiddin memohon bagi tujuan percutian keluarga di London dan pemeriksaan kesihatan di Singapura pada akhir tahun ini.

Namun, kata Hakim Azura Alwi pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu masih mempunyai hak untuk memfailkan pemulangan sementara pasportnya.

Tetapi ianya tetap tertakluk kepada kelulusan mahkamah.

Susulan penghujahan lisan ringkas oleh peguam Muhyiddin, K Kumaraendran dan timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib, Azura kemudian membenarkan pelepasan sementara pasport tertuduh.

Ianya berkuatkuasa mulai hari ini hingga 15 Jan tahun depan.

Adalah amat tidak munasabah untuk mehkamah memulangkan sepenuhnya passport Muhyiddin memandangkan beliau masih berhadapan dengan 3 kes berprofil tinggi.

Alasan yang diberikan oleh Muhyiddin juga adalah tidak munasabah.

Mungkin alasan mahkamah memulangkan sementara passport kerana Muhyiddin mendakwa terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan.

Tetapi alasan untuk bercuti bersama keluarga selama sebulan di London adalah alasan yang tidak boleh diterima.

Sekiranya benar Muhyiddin mahu bercuti, beliau mempunyai alternatif lain di lokasi percutian dalam negara.

Jangan pula nanti Muhyiddin menuduh kerajaan mencampuri urusan mahkamah hanya kerana permohonan beliau ditolak.

Di doakan semuga urusan Muhyiddin dipermudahkan ketika menjalani rawatan kesihatan di Singapura.

Tetapi jangan lupa balik ke Malaysia untuk menghadapi kes Jana Wibawa.

Jangan lari seperti menantu beliau yang penakut dan sanggup hidup dalam pelarian kerana takut untuk bertanggungjawab.

Muhyiddin Gagal Dapatkan Passport

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker