10 ditahan kes pukul lelaki hingga mati di pusat hiburan

10 ditahan kes pukul lelaki hingga mati di pusat hiburan

10 ditahan kes pukul lelaki hingga mati di pusat hiburan

KUALA LUMPUR: Seramai 10 lelaki, termasuk dua warga asing ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan dekat Kompleks Metro Pudu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 7 pagi, semalam.

“Kita menerima satu laporan mengenai kejadian seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dipukul di Kompleks Metro Pudu pada jam 12.30 tengah hari, semalam.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.40 petang, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, susulan kejadian itu, satu operasi khas diadakan bermula jam 10.30 malam tadi hingga jam 12.15 tengah malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wang Maju bagi mengesan suspek.

“Hasil operasi, kita menahan lapan lelaki warga tempatan berusia di antara 20 tahun hingga 37 tahun serta dua lelaki warga negara asing berusia di antara 28 tahun hingga 43 tahun di sekitar ibu kota.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Siasatan lanjut mendapati pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku di antara mangsa dan kumpulan suspek,” katanya.

Katanya, semua suspek akan dikemukakan kepada mahkamah untuk proses reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Polis memberi amaran agar orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan menimbulkan provokasi berkait kejadian ini.

“Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

10 ditahan kes pukul lelaki hingga mati di pusat hiburan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker