100 syarikat bakal gulung tikar, Sapura bakal ikut serta.

Salahguna kuasa CEO Prolintas anak syarikat PNB bakal lingkupkan 100 syarikat bumiputera

Dato’ Mohammad Azlan Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas bertanggungjawab mengetuai pembinaan Konsesi Lebuhraya DASH dan SUKE

Namun nampaknya tugas beliau di Prolintas hanya menamatkan kontrak syarikat bumiputra yang dilantik di beberapa pakej di Lebuhraya Dash.

Group Ceo Prolintas anak Syarikat PNB, Dato’ Mohd AzlanΒ Abdullah melakukan penyelewengan dan salah gunakuasa membatalkan kontrak antara Prolitas dan syarikat bumiputera berhubung projek konsesi lebuhraya DASH danΒ  SUKE bagi memberi peluang kepada syarikat kroni dan sahabat baiknya mengambil alih projek.

Salah satu kontraktor yang menjadi mangsa ialah Panzana Enterprise Sdn Bhd. Kontraktor tersebut telah menyiapkan 90 peratus projek.



Selain dari Panzana Enterprise, Syarikat yang terlibat ditamatkan tidak mengikut peraturan betul dengan merampas bon dan wang tahanan antaranya CHENGALJATI SDN BHD PAKEJ CA1 (SUKE) dan HATIMUDA SDN BHD PAKEJ CA2 (SUKE) dan final Claim tidak dibayar walaupon menang di mahkamah Tinggi sejak lebih 3 Tahun.

Umum mengetahui semua syarikat pembinaan terkesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak syarikat sehingga ke hari ini belum pulih sepenuhnya.

Sebelum ini beliau telah mengarahkan pihak kontraktor untuk menambah pekerja dan jentera di tapak dengan memberi jaminan akan memberikan lanjutan masa selepas tarikh kontrak asal tamat pada 30 Dec 2020.

Pihak kontraktor dan subkontraktor telah mematuhi arahan tersebut dengan menambah jumlah pekerja dan jentera bermula dari Januari 2021. Selepas 3 bulan, pihak kontraktor telah ditamatkan kerja.



Adakah ini adil setelah banyak modal dikeluarkan?

Hanya kerana kontraktor Panzana dan beberapa kontraktor lain bukan kroninya maka beliau menamatkan kontrak secara tidak teratur dan tidak mengikut syarat-syarat kontrak. Beliau telah menanda tangani surat penamatan kerja kepada kontraktor terbabit walaupun beliau tidak mempunyai kuasa seperti yang ditetapkan di dalam kontrak.

Sengaja tidak meluluskan bayaran kerja-kerja 3 bulan

Bagaimana kontraktor mahu pulih dan punya dana jika Dato’ Mohamad Azlan dengan sengaja tidak meluluskan bayaran kerja-kerja 3 bulan ke atas dan kerja-kerja tambahan (VO) bernilai RM100 juta. Ini merupakan satu penganiayaan yang dirancang oleh beliau dan menambahkan beban kewangan kepada kontraktor dan subkontraktor yang telah terkesan dengan Covid-19.

Prolintas juga berhadapan beberapa kes CIPAA disebabkan kegagalan pembayaran atau kelewatan pembayaran. Keputusan kes CIPAA ini akan keluar bulan Mac ini.

Lebih menyedihkan beliau telah melantik 3 kontraktor baru untuk menyiapkan projek baki dengan kos RM 180 juta yang lebih tinggi dengan tempoh penyiapan yang lebih lama Ini menimbulkan tanda tanya dan spekulasi beliau mempunyai agenda peribadi.

Tamatkan kontraktor bumiputera tapi beri masa lebih lama dan kos pula lebih tinggi.

Apa kepentingan beliau terhadap 3 syarikat itu?

Tiga syarikat itu ialah ;

1. Cantilever Bumi Sdn Bhd – Bridge works & Sebahagian Jalan Sg Buloh

2. Sinar Widuri Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section A

3. Suhati Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section B

Jumlah harga kontrak ialah RM280 juta. Baki kontrak di mark up lebih mahal dari kontrak sedia ada.Β Semua kontraktor ini mempunya hubungan rapat dengannya terutama Syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd.

Kontraktor Cantilever Bumi Sdn Bhd milik Azmi bin Massod merupakan rakan baik kepada Dato’ Mohammad Azlan Abdullah.

Tindakan CEO Prolintas ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa secara jelas dan satu laporan berkaitan perkara ini telah dilaporkan kepada pihak SPRM pada bulan Mac 2022.

Diharap SPRM dapat bertindak menyiasat Dato’ Mohammad Azlan Abdullah dan pegawainya yang bersekongkol dengan projek ini.

Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan cepat oleh pihak PNB selaku pemilik Prolintas, besar kemungkinan lebih 100 syarikat yang terlibat dengan penamatan ini akan gulung tikar dalam masa terdekat.

40 syarikat daripada 100 syarikat berkenaan adalah syarikat 100% bumiputra seperti Pesako Technologies, Emotion Master dan Sham Maintenance. Jumlah bayaran tertunggak kepada syarikat bumiputra ini berjumlah RM 33.6 juta.

PNB seharusnya membantu kontraktor bumiputra selaras dengan matlamat penubuhannya dan bukannya membunuh syarikat bumiputra yang telah menunjukkan kemampuan dan usaha untuk memajukan diri mereka.

Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria dan Presiden/CEO PNB, Ahmad Zulqarnain Onn seharusnya melihat perkara ini jangan membiarkan Group CEO Prolintas Dato’ Mohammad Azlan Abdullah bertindak sesuka hati.

Dato’ Mohammad Azlan Abdullah juga dilantik sebagai Pengerusi Sapura Energy BerhadΒ  pada 7 Mei 2022. Sapura sebelum ini dalam keadaan tenat menunggu masa untuk gulung tikar.

Sumber : thecorporatesecret

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker