14 maut gempa 6.8 magnitud gegar Peru dan Ecuador

14 maut gempa 6.8 magnitud gegar Peru dan Ecuador

14 maut gempa 6.8 magnitud gegar Peru dan Ecuador
14 maut gempa 6.8 magnitud gegar Peru dan Ecuador

CUENCA: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, puluhan lagi cedera dan beberapa bangunan rosak teruk berikutan gempa bumi kuat 6.8 magnitud yang menggegarkan Peru dan Ecuador, lapor pihak berkuasa.

Serpihan bangunan dan kenderaan remuk dilihat di bandar Machala dan Cuenca di Ecuador ketika pegawai penyelamat bergegas menghulurkan bantuan dan penduduk yang panik berlari ke jalan raya.

Menurut pihak berkuasa, pusat gempa tersebut dikesan di perbandaran Ecuadoran Balao, berhampiran sempadan Peru dengan kedalaman hampir 66 kilometer.



“Saya keluar ke jalan kerana saya melihat orang ramai mula berlari panik, keluar dari kereta mereka,” kata seorang jurujual bekalan jahitan di Cuenca, Magaly Escandon kepada AFP.

Pejabat Presiden Ecuador melaporkan 13 orang maut, 11 di wilayah El Oro dan dua lagi di wilayah Azuay.

Di bandar Tumbes di Peru, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan maut selepas batu besar menghempap kepalanya.

“Lokasi kejadian dipenuhi darah. Saya sedang bermain dengan anak saudara saya apabila gegaran berlaku dan tiba-tiba seketul batu jatuh menghempapnya,” kata bapa saudara kanak-kanak malang itu, David Alvarado.



Gegaran kuat turut dirasai di bandar lain termasuk Guayaquil, Quito, Manabi dan Manta.

Presiden Ecuador, Guillermo Lasso segera ke El Oro melawat mangsa yang cedera di hospital sebelum menuju ke Azuay untuk melihat keadaan di kawasan itu yang turut terjejas teruk.-AFP

Torres bantu Ecuador ikat Brazil



14 maut gempa 6.8 magnitud gegar Peru dan Ecuador


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button