AGM tiada sambutan , Waktu sesuai bubar Majlis Peguam?

Oleh Adam Malik

Beberapa hari lalu tersebar laporan berkenaan Mesyuarat Tahunan (AGM) Majlis Peguam dimana majlis itu tidak mendapat sambutan dari ahli nya sendiri.

Diberitakan dari sejumlah hampir 21,000 peguam seluruh negara , hanya sekitar 276 peguam sahaja yang hadir dan daftar kehadiran.

Ini mengakibatkan AGM itu tidak cukup Korum untuk diteruskan dimana jumlah sepatut untuk mesyuarat rasmi ada lah 500 orang.



Maka, nyata sekali Majlis Peguam bukan lagi satu badan yang penting dan ketidak hadiran ahli ahli nya membuktikan hal ini.

Bukan tahun ini sahaja, bahkan beberapa tahun lalu pun Majlis Peguam tidak  mendapat sambutan ahli dan Peguam Peguam dibawah naungan nya.

Pada tahun 2020-2021 juga mesyuarat Majis Peguam dipinggir oleh ahli ahli nya sendiri.

Ketika itu dari sejumlah 20,000 ahli hanya 87 ahli sahaja yang hadir.



Namun alasan diberi adalah kerana gejala Covid-19.

Apa pun perkembangan sebegi jelas menunjukankan betapa MP sudah semacam tidak releven lagi .

Pada beberapa peristiwa , MP Nampak seolah olah tidak berfungsi dan jika berfungsi ia untuk kepentingan parti politik tertentu.

Malah , ketika hal mahu mendakwa seorang hakim yang jelas ada “Conflct of interest” dan ada kes rasuah juga terlihat MP berpihak dan tidak menafsir undang undang dengan tepat.

Rasuah ditafsir sebagai melanggar “Separation of Power”

Namun , MP tidak pula bersikap sedemikian ketika banyak kepincangan terjadi terhadap kes Datuk Seri Najib Razak.

Maka , apabila AGM MP tidak mendapat sambutan dari ahli nya sendiri, bagi pihak siapakah Presiden mereka bercakap?

Sudah sekian lama hal sebegini terjadi.

Pendapat awam juga sudah sekian maklum bahawa MP menjadi alat politik pihak tertentu dan imej nya sudah rosak dan perlu penjenamaan semula jika tidak pun dibubar terus.

Mungkin juga AGM MP di pinggir kerana ahli nya protes terhadap sikap berpihak kepimpinan MP?

Maka, jika kehadiran untuk AGM setahun sekali pun sukar untuk dipenuhi maka elok sangat lah MP fikir Tindakan Seterus nya sebelum risiko ‘de-register’ diambil oleh RoS.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker