Datuk Roy, bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah bebas reman

KUALA LUMPUR: Lelaki dikenali Datuk Roy dan seorang bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah yang direman bagi membantu siasatan berhubung program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), dilepaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam bela kedua-dua lelaki berkenaan, Fahmi Abd Moin, berkata Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin, membenarkan anak guam dilepaskan masing-masing dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Datuk Roy ditahan ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM di sini, pada jam 3 petang Isnin lalu.

Majistret Kuala Lumpur, Noorelynna Hanim Abd Halim, kemudian membenarkan lelaki berusia 54 tahun itu direman tiga hari dan melepaskan suspek dengan jaminan SPRM, pada Khamis lalu.

Pada hari sama, Datuk Roy ditahan semula sebelum Mahkamah Majistret Putrajaya menyambung reman empat hari lagi berakhir hari ini.

Sebelum ini, Datuk Roy diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berkenaan atas tujuan sama.

Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang, pernah dipenjara kerana terbabit kes rasuah.

Bekas Timbalan Pendaftar itu pula ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur, jam 9.30 malam, Jumaat lalu, sebelum direman selama tiga hari berakhir hari ini.

Suspek berusia 50-an itu disyaki cuba bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta, bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang sudah dituduh berkaitan projek itu.

Lelaki itu dipercayai meminta suapan sebagai balasan seperti meminta pihak SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.

Suspek pernah bertugas sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah di Putrajaya, sebelum bersara pada

Suspek pernah bertugas sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah di Putrajaya, sebelum bersara pada Disember 2021.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker