Kanada permudah urusan imigresen warga Turkiye dan Syria

Kanada permudah urusan imigresen warga Turkiye dan Syria

Kanada permudah urusan imigresen warga Turkiye dan Syria
Gambar fail yang diambil pada 7 Februari lalu menunjukkan runtuhan di bandar lama Aleppo selepas gempa bumi yang membawa maut di Turkiye. -AFP

NONTREAL: Kanada memudahkan urusan imigresen untuk warga Turkiye dan Syria yang sudah berada di negara itu, sebulan selepas gempa bumi mengorbankan lebih 50,000 orang di kedua-dua buah negara.

Gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud pada 6 Februari membunuh lebih 45,000 orang di Turkiye dan ribuan lagi di negara jiran Syria selain memusnahkan ratusan ribu bangunan.

Menteri Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan, Sean Fraser berkata, Kanada komited untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi yang dahsyat di Türkiye dan Syria.



Langkah baharu itu, katanya akan membolehkan rakyat dari negara tersebut memohon permit kerja yang membenarkan warga asing bekerja untuk mana-mana majikan bagi tempoh tertentu.

“Hari ini kami memperkenalkan langkah baharu yang memudahkan warga Turkiye dan Syria melanjutkan tempoh tinggal mereka di Kanada dan bersama keluarga mereka sambil terus bekerja dan belajar dalam persekitaran yang selamat,” tambah Fraser.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pengumuman itu dibuat 10 hari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat antarabangsa mempercepatkan penempatan pelarian Syria dari kawasan yang terjejas akibat gempa bumi di Turkiye.

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Kanada permudah urusan imigresen warga Turkiye dan Syria

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button