Syada Amzah Cover Lagu Indonesia [VIDEO]

Dituduh Netizen Sebagai ‘Attention Seeker’

Syada Amzah Cover Lagu Indonesia [VIDEO]

Syada Amzah Cover Lagu Indonesia [VIDEO]

Penyanyi, Syada Amzah baru-baru ini dilihat berkongsi satu video persembahannya yang menyanyikan semua atau ‘cover lagu’  Indonesia berjudul Gubrak di laman media sosial miliknya.

Cover Lagu Indonesia

Syada menerusi hantaran di Instagram, yang menyanyikan lagu nyanyian asal penyanyi Indonesia, Intan Nuraini turut menjelaskan maksud Gubrak adalah sebuah ekspresi yang menggambarkan perasaan terkejut.

“Gubrak adalah sebuah ekspresi yang menggambarkan sebuah ekspresi yang menggambarkan perasaan terkejut. In real life, senang cerita biasanya orang sebut perkataan tu sekali dengan ‘body gesture kita macam nak jatuh. So bunyi dari sesuatu benda yang jatuh tu lah ‘Gubrak’. Sekian kamus bahasa Indonesia.

Anyway, i love Intan Nuraini, 12 years back i used to listen to her whole album every day. Salam ngefans dari Malay.”-kapsyen Syada di Instagram

Netizen Puji!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji nyanyian adik kepada Shila Amzah ini, malah ada yang turut memberikan beberapa cadangan lagu untuk Syada melakukan ‘cover’ kelak.

“Lagu legendd.. 🔥🔥🔥.”

“Jangan gubrak yer Syada. Hihi.”

“Syada nanti try sing Lelaki Cadangan..Mesti Best!!.”

“Go Syada goo 👍🏻👍🏻👍🏻.”

“Best Suara.”

“Sedappp! ❤.”

Dituduh ‘Attention Seeker’?

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi salah seorang netizen yang menyifatkan penyanyi muda ini sebagai ‘attention seeker’ kerana sering melakukan ‘cover lagu’ bahasa asing.

“Semua menyanyi lagu non local. Nak get attention from them ke 😂.”-komen seorang netizen

Syada Beri Respon!

Tidak mudah melatah, Syada turut membalas komen netizen berkenaan dengan ringkas dalam bahasa Korea, yang bermaksud dirinya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh netizen tersebut.

“Mworago? 👀.”-balas Syada ringkas

Syada Amzah Cover Lagu Indonesia [VIDEO]

Apa komen anda dengan cover lagu Syada?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker