Labur saham ASNB guna TNG eWallet

Labur saham ASNB guna TNG eWallet

Labur saham ASNB guna TNG eWallet
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Muzzaffar Othman (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni. – FOTO NSTP

Shah Alam: TNG Digital Sdn Bhd bekerjasama dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menyediakan pelaburan pantas, mudah dan boleh dicapai kepada rakyat Malaysia melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Ketua Pegawai Eksekutif TNGD, Alan Ni berkata, kerjasama ini menjadikan TNGD sebagai ejen e-dompet pertama dan satu-satunya yang menawarkan pelaburan dalam unit amanah ASNB untuk rakyat Malaysia melalui Touch ‘n Go eWallet.

Menurutnya, kerjasama ini membolehkan rakyat Malaysia untuk melanggan kesemua 17 unit amanah ASNB melalui ciri GOinvest dalam aplikasi berkenaan.

“Pengguna boleh menyimpan dan melabur dengan pulangan pelaburan yang konsisten dan berdaya saing melalui ASNB dengan risiko agak rendah dan instrumen pelaburan jangka panjang.

“Dengan pelaburan permulaan minimum yang sangat rendah iaitu hanya RM10, lebih 12 juta pemegang unit ASNB kini boleh melabur dengan mudah melalui GOInvest.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.

Alan berkata, pemegang unit ASNB sedia ada kini boleh melabur dengan mudah melalui GOinvest tanpa perlu mengunjungi cawangan atau ejen secara fizikal.

“Pengguna juga boleh menyemak prestasi portfolio mereka, dan membuat pelaburan baharu pada bila-bila masa, di mana sahaja.

“Pengguna baru digalakkan mengakses akaun ASNB mereka melalui aplikasi itu untuk pelaburan sebaik sahaja mereka melengkapkan pendaftaran dalam talian yang mudah melalui aplikasi MyASNB,” katanya.

Antara 17 unit amanah yang ditawarkan adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASB 2, ASB 3 Didik, Amanah Saham Malaysia (ASM) dan ASM 2 Wawasan.

Labur saham ASNB guna TNG eWallet


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker