400,000 gelen radioaktif bocor dari loji jana kuasa nuklear

400,000 gelen radioaktif bocor dari loji jana kuasa nuklear

400,000 gelen radioaktif bocor dari loji jana kuasa nuklear
GAMBAR HIASAN

WASHINGTON: Pengawal selia Minnesota kini memantau operasi pembersihan kebocoran 400,000 gelen atau 1.5 juta liter air radioaktif dari loji kuasa nuklear Monticello Xcel Energy.

Namun, syarikat itu berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak berbahaya kepada orang ramai.

“Xcel Energy mengambil tindakan pantas untuk membendung kebocoran ke tapak loji, namun ia tidak menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan kepada masyarakat setempat atau alam sekitar,” kata utiliti yang berpangkalan di Minneapolis itu dalam satu kenyataan.



Walaupun syarikat itu melaporkan kebocoran air yang mengandungi tritium kepada pihak berkuasa negeri dan Persekutuan pada akhir November, tumpahan itu belum didedahkan kepada umum sehingga Khamis lalu.

Pegawai negeri berkata, mereka menunggu untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum mendedahkannya kepada umum.

Jurucakap Agensi Kawalan Pencemaran Minnesota, Michael Rafferty berkata, pihaknya tahu terdapat kehadiran tritium dalam satu telaga pemantauan, namun Xcel masih belum mengenal pasti punca kebocoran dan lokasinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sekarang, kami mempunyai semua maklumat tentang tempat kebocoran berlaku, berapa banyak yang dilepaskan ke dalam air bawah tanah dan air bawah tanah yang tercemar yang bergerak melangkaui lokasi asal, kami berkongsi maklumat ini,” katanya.



Beliau menambah, kejadian itu tidak menimbulkan risiko kesihatan awam serta-merta.

Syarikat itu berkata, mereka memberitahu Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Persekutuan dan negeri itu pada 22 November tahun lalu, sehari selepas ia mengesahkan kebocoran itu yang dilaporkan datang daripada paip antara dua bangunan.

Sejak itu, mereka mengepam air bawah tanah, menyimpan dan memproses air tercemar, yang mengandungi tahap tritium di bawah ambang Persekutuan.-AP

Thailand cari silinder radioaktif yang hilang

400,000 gelen radioaktif bocor dari loji jana kuasa nuklear


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker