Datin Shahida Kritik Aliff Syukri Hasil Lagu Raya Lagi? [VIDEO]

“Dah La Suara Tak Sedap, Lepastu…”

Datin Shahida Kritik Aliff Syukri Hasil Lagu Raya Lagi?

Datin Shahida Kritik Aliff Syukri Hasil Lagu Raya Lagi?
Datin Shahida Kritik Aliff Syukri Hasil Lagu Raya Lagi?

Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sentiasa mendapat kecaman netizen setiap kali menghasilkan lagu raya. Malah, turut mendapat komen pedas oleh pelawak dan pelakon, Harith Iskander serta chef selebriti terkenal, Chef Wan selepas merilis video pendek lagu raya berjudul Kelepok Raya, tahun lalu.

Aliff Syukri Beri Hint Bakal Rilis Lagu Raya 2023?
Baru-baru ini, Aliff Syukri dilihat sudah memberikan ‘hint’ bahawa dia bakal merilis lagu raya terbaharu buat peminat sempena Aidilfitri 2023.

“Merdu tak awakk? Nantikan lagu raya arti no.1 Malaysia ❤️.-kongsi Aliff Syukri

“Dah La Suara Tak Sedap, Lepastu Tempo Lari..”

Perkongsian Aliff di Instagram turut mendapat respon oleh isterinya, Datin Seri Shahida yang mengkritik suaminya yang tiada bakat dalam nyanyian, namun masih mahu menghasilkan lagu raya.

“Dah la suara tak sedap, lepastu tempo lari, lirik ke laut. Aku tak tahu la kenapa dia suka sangat buat lagu raya, dah tahu dah memang suara tak sedap, takde bakat, takde anugerah dari Ilahi.-Kata Datin Shahida di Instagram

Tidak Berselindung Apabila Disoal Mengenai Hasil Nyanyian Aliff

Datin Shahida Kritik Aliff Syukri Hasil Lagu Raya Lagi?

 

Tambahnya lagi, Datin Shahida menegaskan bahawa dia tidak berselindung apabila disoal mengenai lagu raya hasil nyanyian suaminya itu.

“Saya ni kalau tanya pasal lagu raya @aliffsyukriterlajaklaris memang saya akan jujur. Takde nak selindung-selindung ye. Kalau tak sedap memang saya akan kata tak sedap.

Suara memang sah sah ke laut, penghayatan langsung takde. Memang takde langsung anugerah dari Ilahi.”-tulis Datin Shahida

 

Korang dah ready ke nak dengar lagu raya terbaharu Aliff Syukri nanti?

Isteri Aliff Syukri sah positif Covid-19

Datin Shahida Kritik Aliff Syukri Hasil Lagu Raya Lagi?


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker