Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

Mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamed, memang terkenal dengan sikap seorang yang bijak memutarbelitkan kenyataan.

Selepas 22 tahun berkuasa sebagai perdana menteri kali pertama dan 22 bulan sebagai perdana menteri kali kedua, memang sukar untuk Dr Mahathir menerima hakikat keadaan diri beliau sekarang.

Kini beliau bukan sahaja sudah kehilangan kuasa, malah gelombang penolakan rakyat terhadap beliau semakin hari semakin besar.



Kalah dan hilang duit deposit dalam PRU 15 merupakan tamparan yang cukup hebat ke atas maruah beliau.

Lebih-lebih lagi beliau pernah mendapat gelaran sebagai seorang yang pernah dianggap sebagai negarawan.

Memburukkan keadaan, bukan beliau sahaja yang kalah dan hilang duit deposit.

Malah kesemua calon yang bernaung di bawah parti tajaan beliau juga mengalami nasib yang sama.



Untuk rekod, PRU 15 bukanlah satu-satunya pilihanraya di mana calon yang bernaung di bawah parti beliau kalah serta hilang duit deposit.

Sebelum itu, dalam PRN Johor juga, kesemua calon parti Pejuang yang beliau pimpin juga kalah serta hilang duit deposit.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dilihat cuba membuat ‘come back’ di dalam politik.

Dan seperti biasa, setiap kali apabila mengalami defisit sokongan rakyat.

Maka Dr Mahathir akan kembali cuba memainkan watak hero Melayu untuk meraih sokongan rakyat.

Dr Mahathir cuba mengadakan perhimpunan yang dinamakan sebagai Proklamasi Melayu.

Tujuan perhimpunan kononnya untuk memberikan kesedaran orang Melayu tentang nasib mereka di bumi mereka sendiri.

Batal Bukan Kerana Tidak Mendapat Kelulusan Tetapi Kerana Tidak Mendapat Sambutan

Tetapi perhimpunan Proklamasi Melayu itu dikhabarkan terpaksa ditangguh sebanyak 3 kali kerana tidak mendapat sambutan.

Selepas 3 kali ditangguhkan, Dr Mahathir merasakan tidak ada gunanya untuk menangguhkannya lagi.

Ini adalah kerana beliau sedar ianya pasti tidak akan mendapat sambutan.

Tetapi untuk mengisytiharkan perhimpunan yang sudah 3 kali ditangguhkan itu terpaksa dibatalkan kerana tiada sambutan, adalah sangat memalukan.

Jalan keluar untuk menyelamatkan maruah beliau, maka Dr Mahathir mencipta alasan.

Kononnya perhimpunan itu terpaksa dibatalkan kerana sudah 3 kali tidak mendapat kelulusan dari kerajaan, walau pun dijangka 2,000 orang akan hadir.

Sekiranya benar dakwaan Dr Mahathir, penulis minta beliau nyatakan di venue mana dan tunjukkan bukti ianya tidak mendapat kelulusan.

Penulis yakin Dr Mahathir tidak akan dapat membuktikannya kerana alasan yang beliau berikan itu hanyalah rekaan semata-mata.

 

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker