Guna dokumen palsu, bekas penyelia binaan dipenjara sebulan, denda RM24,000

Guna dokumen palsu, bekas penyelia binaan dipenjara sebulan, denda RM24,000

Guna dokumen palsu, bekas penyelia binaan dipenjara sebulan, denda RM24,000
Vasantha mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, atas pertuduhan mengemukakan penyata pendapatan palsu untuk permohonan Elaun Pekerja Cacat (EPC) pada 2019. NSTP/AZRUL EDHAM

SEREMBAN: Seorang bekas penyelia keselamatan tapak binaan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM24,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mengemukakan penyata pendapatan palsu untuk permohonan Elaun Pekerja Cacat (EPC) pada 2019.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membuat keputusan itu terhadap J Vasantha Kumaran, 39, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil.

Rushan juga menetapkan jika Vasantha gagal membayar denda dikenakan, dia boleh dipenjara selama lima bulan.



Mengikut pertuduhan, Vasantha didakwa mengemukakan penyata pendapatan bulanan palsu kepada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi permohonan bantuan kewangan EPC sebanyak RM4,800 untuk tempoh Disember 2019 hingga November 2020.

Tertuduh mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butir matan palsu iaitu mengemukakan penyata pendapatan bulanan palsu pada pengetahuan tertuduh untuk mengelirukan prinsipalnya.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, di sini, pada 7 Oktober 2019.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Susulan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sabit kesalahan boleh dipenjarakan lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu atau silap itu jika butir matan palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.



Perbicaraan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Vasantha turut mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan lima dokumen palsu untuk memohon pekerja sebagai penyelia keselamatan tapak binaan di sebuah syarikat pada 2018.

Mengikut pertuduhan, dia dengan curangnya menggunakan lima dokumen sebagai tulen atas namanya bagi sokongan kepada suatu permohonan pendaftaran Orang Yang Kompetem (OYK) Penyelia Keselamatan Tapak Bina bertarikh 28 Ogos 2018.

Tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen digunakan itu adalah palsu.

Susulan itu, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 dan jika gagal bayar, boleh dipenjara selama lima bulan.

Guna dokumen palsu dapatkan tender, usahawan didenda RM24,000

Guna dokumen palsu, bekas penyelia binaan dipenjara sebulan, denda RM24,000



DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker