Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA

Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA

Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, dilihat seakan mempertikaikan pelantikan Dr Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA.

“Pelantikan bekas ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi untuk menerajui MARA boleh memberi gambaran kepada rakyat ia habuan politik”.

“Rakyat melihat ianya seolah-olah habuan kepada yang berada dalam pasukan politik yang menang,” katanya.



“Dalam kes Asyraf ini, nampak seolah-olah sebagai habuan”.

“Asyraf dah lama rancang, anda (Shahril) yang lalai,” tambah Khairy Jamaluddin.

Mereka berdua muncul dalam dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama Khairy Jamaluddin.

Pada pandangan penulis, sama ada Shahril atau pun Khairy, mereka tidak layak untuk bercakap mengenai isu lantikan politik.



Untuk rekod, Shahril pernah dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri di era Ismail Sabri.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/berita/2021/10/shahril-hamdan-dilantik-sebagai-pengarah-ekonomi-pm/

Manakala Khairy pula pernah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pada tahun 2012 di era DS Najib.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/193318

Tidak ada bezanya pelantikan mereka dengan pelantikan Dr Asyraf sebagai Pengerusi MARA.

Yang penting adalah sumbangan yang mampu diberikan kepada agensi terbabit selepas lantikan itu dibuat.

Kelayakan Dan Pengalaman Menjadi Kayu Ukur Utama Dalam Pelantikan

Dari sudut pengalaman dan kelayakan, Dr Asyraf sememangnya mempunyai kriteria lantinkan yang diperlukan.

Untuk rekod, Dr Asyraf memiliki Sarjana Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam serta Ph.D dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Loughborough University, United Kingdom.

Dalam dunia kewangan Islam, beliau banyak membantu membangunkan polisi-polisi Syariah dan dasar-dasar kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia.

Beliau juga terlibat memberikan latihan dan khidmat Syariah dalam kewangan Islam bagi negara-negara.

Antaranya seperti Oman, Turki, Maldives, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Korea Selatan, Afrika Selatan dan lain-lain.

Pada tahun 2011, beliau turut mendapat pengiktirafan Kewangan Islam Antarabangsa.

Beliau dinobatkan sebagai “The Most Upcoming Personality in Islamic Finance” di Persidangan Antarabangsa Oman Islamic Economic Forum.

Jadi, tidak ada keraguan atas pengalaman dan kelayakan beliau untuk membangunkan MARA.

Yang patut dipersoalkan adalah kelayakan dan pengalaman Shahril dan Khairy ketika mereka menerima lantikan politik yang pernah mereka nikmati.

Dan Shahril juga lupa, pelantikan beliau sebelum ini mendapat kecaman rakyat dan dianggap sebagai membazirkan duit rakyat.

Baca di sini:

https://malaysiadateline.com/membazir-duit-rakyat-warganet-kecam-pelantikan-shahril-jadi-pengarah-ekonomi-pejabat-pm/

 

Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker