Kisah tular murid nikahi guru cantik [VIDEO]

Kisah tular murid nikahi guru cantik
KISAH perkahwinan Aldi Saputra Prasetiawan dan Putri Dariani tular di media sosial baru-baru ini.-AGENSI

DUMAI: Kisah seorang pelajar lelaki yang berkahwin dengan gurunya sendiri menjadi tumpuan warganet Indonesia baru-baru ini.

Menurut laporan Detik.com, kisah guru bernama Putri Dariani, dan bekas muridnya, Aldi Saputra Prasetiawan yang kini sah bergelar suami isteri itu tular selepas video majlis perkahwinan mereka di muat naik oleh juru solek, Silvia Hellena di akaun TikTok miliknya.

Silvia turut berkongsi gambar lama Putri, 26, memakai uniform dan gambar buku perkahwinan pasangan itu selain menjelaskan cinta mereka berputik kerana jarak umur antara mereka yang tidak jauh berbeza.

“Pelajar kahwin dengan cikgu yang cantik. Perbezaan umur lima tahun tidak mengurangkan kasih sayang pelajar dan selepas menunggu lima tahun, pelajar melamar guru cantik dengan perjuangan yang bukan mudah,” tulis kenyataan video itu.



Muat naik kisah cinta unik itu menerima lebih 1.4 juta tontonan dan pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mendoakan jodoh pasangan itu berpanjangan.

“Dulu awak panggil saya ibu guru, sekarang awak panggil saya ibu kepada anak-anak awak,” usik pengguna TikTok, @DillA.

@kisah.perjalanan

Siapa Putri Dariani Ibu Guru Cantik Yang Menikah Dengan Muridnya?

♬ suara asli – KISAH PERJALANAN – KISAH PERJALANAN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Silvia yang juga mak andam dan perancang perkahwinan mengakui teruja kerana pertama kali menguruskan majlis pernikahan melibatkan pasangan bekas guru dan murid.

“Perkenalan mereka bermula sejak Aldi di kelas 1 sekolah menengah atas (SMA) tempat Putri mengajar. Murid lelaki itu meluahkan perasaan suka pada gurunya, tetapi Putri bergurau minta habiskan persekolahan dulu, cari kerja kemudian barulah bercinta.



“Ternyata sesudah lima tahun selepas itu, Aldi, 21, berjaya mendapat pekerjaan dan menghantar pinangan bersama wang hantaran 70 juta rupiah (RM20,431) dan akhirnya mereka berkahwin,” kata Silvia.

Silvia berkata, bekas pasangan guru dan pelajar itu bernikah pada 3 Mac lalu dan membuat tiga majlis resepsi dengan konsep tradisional Sunda, adat Melayu Riau dan Padang Minang.

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

Kisah tular murid nikahi guru cantik


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker