Lakukan 4 Amalan Untuk Perbaiki Diri Sepanjang Ramadan!
Bulan 1001 nikmat! Kedatangan ramadan di sambut meriah setiap tahun oleh para muslim bukan hanya di Malaysia malahan di serata dunia. Pada bulan inilah kita berpeluang memperbanyakkan amal ibadat dan sekaligus, mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.
Jika sebelumnya ada diantara kita yang culas dalam menjalankan ibadah seharian, inilah masa memperbaikinya. Oleh itu, hari ini, min nak kongsi perkara-perkara baik yang korang boleh lakukan untuk tambah baik kualiti kehidupan dan amal ibadat korang sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
1. Banyakkan bersedekah
Bersedekah adalah amalan mulia yang paling mudah korang nak lakukan. Tak semestinya bersedekah dengan duit, tetapi memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal juga merupakan sedekah tau.
Bukan jumlah pemberian sedekah yang menjadi keutamaan tetapi niat korang. Jika baik niatnya, baiklah jadinya dan terapkan dalam diri korang, memberi lebih baik daripada menerima.
Maka secara automatiknya korang tak kan lokek berkongsi rezeki korang dengan mereka yang lebih memerlukan tanpa sebarang syak wasangka terutamanya di bulan ramadan yang mulia ini.
2. Bertadarus bila berkesempatan.
Disamping dua perkara diatas, korang juga boleh gunakan kesempatan ini untuk bertadarus di rumah. Membaca Al-Quran banyak pahalanya apatah lagi kalau kita amalkan disepanjang bulan ramadan.
Jika korang bukanlah seorang yang begitu mahir dalam membaca Al-Quran, cari guru untuk bantu korang. Jangan malu. Mula secara perlahan-lahan yang penting berterusan dan istaqamah. Jadikan bulan ramadan pada tahun ini sebagai permulaan dan perbaiki bacaan Al-Quran sedikit demi sedikit.
3. Sertai kuliah atau ceramah.
Selain bersedekah, gunakanlah kesempatan yang ada disepanjang bulan ramadan untuk menghadirkan diri ke kuliah dan ceramah agama.
Banyak perkongsian berfaedah yang korang boleh dapat berkaitan amalan-amalan mustajab di bulan Ramadan dan dalam masa yang sama kita boleh membina hubungan silaturahim yang lebih erat bersama warga sekitar.
4. Jom solat terawih & jaga solat fardhu!
Akhir sekali min nak sentuh mengenai amalan solat terawih dan solat fardhu 5 waktu.
Seperti yang korang sedia maklum, solat terawih ini ialah solat yang hanya boleh ditunaikan si sepanjang bulan ramadan. Jadi rebutlah peluang ini untuk tambah pahala korang. Siapa tahu korang terpilih untuk berjumpa malam lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Cuma suka min ingatkan, andai kata sebelum ini kita culas dalam menjalankan tanggungjawab untuk menunaikan solat fardhu, perbaiki situasi tersebut dahulu kerana ianya ialah ibadah wajib yang dituntut sebagai sebagai seorang muslim. Jangan korang pergi Terawih tapi solat fardhu tak buat pulak.
ohbulan