Lelaki 70 Tahun Maut Ketika Langgan Pekerja Seks
Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut kerana diserang penyakit jantung selepas melakukan hubungan intim dengan seorang wanita yang merupakan pekerja seks di Thailand.
Meninggal dunia masa buat seks
Memetik laporan Thaiger, mayat lelaki berusia 70 tahun itu ditemui di bilik hotel dalam keadaan separuh bogel serta hanya ditutupi dengan sehelai tuala sahaja.
Menurut sumber, pada awalnya, mangsa yang dikenali sebagai Chang telah menempah bilik hotel untuk tempoh tiga jam. Tidak lama selepas itu, seorang wanita (pekerja seks) terus memasuki bilik mangsa. Difahamkan, kedua-dua mereka berada di dalam bilik itu sekitar dua jam. Wanita terbabit kemudian keluar dari bilik hotel dan menunggang motosikalnya.
Mayat dalam bilik hotel
Pekerja hotel kemudian cuba menghubungi Chang, namun gagal. Oleh itu, sekitar jam 10 malam, mereka nekad memecah masuk bilik hotel yang ditempah Chang dan alangkah terkejutnya apabila melihat warga emas itu sudah tidak bernyawa. Susulan daripada itu, pekerja hotel membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati, Chang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Hasil pemeriksaan mendapati, tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa dan polis menemui beg mangsa yang mengandungi beberapa buku dan wang tunai berjumlah kira-kira 1,000 baht (RM131). Motosikal milik mangsa juga masih diparkir di hadapan hotel tersebut. Pekerja seks berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.
Sumber: Thaiger