Lembu terjatuh ke kolam ikan, agresif dan nyaris lemas [VIDEO]

ALOR GAJAH: Seekor lembu betina nyaris lemas selepas terjatuh ke kolam ikan sedalam dua meter di Kampung Baru, Taboh Naning, di sini, kelmarin.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom, berkata pihaknya menerima panggilan awam berhubung kejadian itu pada jam 7 malam.

Susulan itu, beliau berkata, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dari PDPA Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kemudian sebelum mendapati seekor lembu terperangkap dalam kolam berkenaan.

Lembu terjatuh ke kolam ikan, agresif dan nyaris lemas
Seekor lembu terjatuh ke kolam ikan di Kampung Baru, Taboh Naning, Alor Gajah, kelmarin. – Foto ihsan APM
Lembu terjatuh ke kolam ikan, agresif dan nyaris lemas
Usaha menyelamatkan lembu yang terjatuh ke kolam ikan di Kampung Baru, Taboh Naning, Alor Gajah, kelmarin. – Foto ihsan APM
Lembu terjatuh ke kolam ikan, agresif dan nyaris lemas
Usaha menyelamatkan lembu yang terjatuh ke kolam ikan di Kampung Baru, Taboh Naning, Alor Gajah, kelmarin. – Foto ihsan APM

“Lembu itu dipercayai terpisah daripada kawanannya, dan sangat agresif ketika cuba didekati. Ia merengus mengelilingi kolam itu serta cuba untuk melompat keluar.



“Anggota APM bersama bantuan orang awam mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk mengeluarkan lembu itu menggunakan tali yang ditarik dengan lori,” katanya.

Sementara itu pengadu, Amir Asran, 56, ketika dihubungi memaklumkan ia adalah kejadian pertama lembu terjatuh ke kolam sepanjang 30 meter (m) dan lebar 15m berkenaan.

“Mujur saya perasan lembu berwarna hitam itu terjatuh ke dalam kolam kira-kira jam 6.30 petang. Jika tidak, ia mungkin lemas.

“Sekiranya ia adalah kolam tanah, lembu itu mungkin boleh melompat naik. Namun, haiwan itu tersekat disebabkan keliling kolam berkenaan adalah simen dan hanya dasarnya tanah.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Saya cuba menangkap lembu itu tetapi gagal sebelum menelefon APM untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Amir sekali gus kesal dengan sikap pemilik lembu yang didakwa sering membiarkan ternakan mereka itu berkeliaran, malah haiwan berkenaan dikata turut merosakkan tanaman penduduk kampung, dan laporan pernah dibuat kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah.

“Puluhan ekor lembu merayau di kawasan sekitar kolam ini tidak kira siang atau malam, dan meragut pokok-pokok termasuk pisang dan sukun, menyebabkan saya tertekan serta berhenti menanam,” katanya sambil mendakwa kejadian itu berlarutan sejak 20 tahun lalu.

Lembu terjatuh ke kolam ikan, agresif dan nyaris lemas
Seekor lembu terjatuh ke kolam ikan di Kampung Baru, Taboh Naning, Alor Gajah, kelmarin. – Foto ihsan APM

Wanita bertindak agresif semasa ditahan dalam Op Mabuk




DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button