Mizz Nina Teruja Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ibu Bapa Yang Ke-60
โSaya Bukan Pakar Dalam Perkahwinan, Tapiโฆโ
Mizz Nina Teruja Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ibu Bapa Yang Ke-60

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina berkongsi rasa teruja meraikan ulang tahun perkahwinan ibubapanya, Tan Sri Azman Hashim dan YM Tunku Arishah Tunku Maamor yang ke-60.
Titip Rasa Syukur Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ibu & Bapa Yang Ke-60
Menerusi hantaran di Instagram, Mizz Nina dilihat memuatnaik foto ibu dan bapanya sedang memotong kek ulang tahun perkahwinan serta menitipkan ucapan istimewa di atas perkahwinan yang sudah memasuki usia 60 tahun yang sangat indah, malam tadi.
โAlhamdulillah ia adalah ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya beberapa hari yang lalu, saya tak pasti jika saya harus post pasal ini, tetapi saya rasa ia terlalu istimewa untuk tidak berbuat demikian ๐.
โ60 tahun cinta dan perkahwinan adalah anugerah yang rare dan indah dari Allah, apabila saya renungkan, ia memerlukan banyak keimanan, keberanian, kasih sayang, kesabaran, pengorbanan, well-wishing & kerja berpasukan untuk melaluinya.โ-titip Mizz Nina
โSaya Bukanlah Pakar Dalam perkahwinan, Tapi..โ
Akui bukanlah seorang yang pakar dalam perkahwinan, Mizz Nina menyatakan bahawa apa yang pasti, jika seseorang itu telah ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang oleh Allah, dia pasti sentiasa ditakdirkan untuk anda.
โSaya bukanlah pakar dalam perkahwinan..Tetapi satu perkara yang pasti, jika seseorang itu ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang Allah, dia akan sentiasa ditakdirkan untuk anda.
Love you both so much & saya doakan semoga Allah terus mencurahkan kasih sayang, rahmat, perlindungan keampunan, barakah, kesihatan yang baik & iman yang kuat hingga ke Jannah Aameen.โ-tulis Mizz Nina
Mizz Nina Teruja Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ibu Bapa Yang Ke-60
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah โDatuk Royโ Di Kambing Hitam Untuk Selamatkan Anak Muhyiddin?
- Cubaan sentimen umpama โICERDโ โ Anwar sudah hidu niat Proklamasi Mahathir
- 100 syarikat bakal gulung tikar, Sapura bakal ikut serta.
- Sejauh Mana Kerajaan Perpaduan Serius Dalam Mendaulatkan Keadilan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim