Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik
Foto tular menunjukkan seorang lelaki didakwa menumbuk, menarik rambut dan menyepak seorang pemandu warga emas di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran pusat beli-belah di Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa menumbuk, menarik rambut dan menyepak seorang pemandu warga emas kerana berang mangsa tidak mengendahkan arahan memberhentikan kenderaannya, di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran pusat beli-belah di Ampang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata terdahulu ketika memandu di kawasan lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama, mangsa yang juga seorang doktor berusia 67 tahun dikatakan menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang kira-kira jam 10.30 pagi.

“Apabila sampai di hadapan stesen minyak berkenaan, kenderaan mangsa dikatakan dihalang dari arah depan oleh sebuah kereta jenis Mercedes berwarna putih.



“Seorang lelaki kemudian turun dari kenderaan itu sebelum didakwa membuka pintu kereta mangsa lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menyepak warga emas berkenaan di bahagian pinggang sehingga mangsa kesakitan.

“Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian tular dalam media sosial, semalam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Mohamad Farouk berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, selepas selesai memberi keterangan pada jam 9.45 malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak mengendahkan arahan supaya memberhentikan kereta ketika perlanggaran kenderaan berlaku.



“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan keputusan ujian saringan air kencing dijalankan ke atas lelaki itu adalah negatif.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat, hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah,” katanya.

‘Badan dan kepala disepak bertubi-tubi sebelum saya diselamatkan pelajar tahfiz’



Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button