Syida Melvin Jawab Dakwaan Bergaduh Dengan Adik-Beradik

Bergerak Solo? 

Syida Melvin Jawab Dakwaan Bergaduh Dengan Adik-Beradik

Syida Melvin Jawab Dakwaan Bergaduh Dengan Adik-Beradik
Syida Melvin Jawab Dakwaan Bergaduh Dengan Adik-Beradik

Pelakon Syida Melvin memberanikan diri bergerak solo tanpa adik-beradik untuk memulakan perniagaan baru berasaskan minuman iaitu Madani Coffee.

Syida yang masih bekerjasama dengan adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syifa dan Syafiqa membangunkan produk kosmetik berkata, meskipun perniagaan tersebut telah berjaya, namun dia mahu mencabar diri dengan memulakan perniagaan sendiri.

“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri,” katanya.

Syida Melvin Jawab Dakwaan Bergaduh Dengan Adik-Beradik

 

Tambah Syida, 25, keputusannya untuk mencuba perniagaan baharu tidak bermakna terdapat sebarang isu antaranya dengan adik-beradik yang lain, malah mereka secara terbuka menyokong usahanya itu.

“Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” tutur Syida.

Syida yang mengusahakan Madani Coffee bersama suaminya, Shafiq Shaheen, menjelaskan dia juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.

Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.

“Antara kandungan dalam produk ini adalah, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika.

“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Syida.
Bercakap lebih lanjut tentang perancangan perniagaannya, Syida menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.

Untuk rekod Syida pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi.

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

Syida Melvin Jawab Dakwaan Bergaduh Dengan Adik-Beradik


DISYORKAN UNTUK ANDA :



DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker