Melaka wujud semula jawatan Timbalan Exco

Ayer Keroh: Kerajaan negeri akan mewujudkan semula jawatan Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas dimansuhkan pada 2018.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata jawatan itu akan dianggotai semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan untuk membantu Exco yang dilantik mengikut portfolio ditetapkan.

Beliau berkata, kewujudan semula jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada semua Adun untuk bersama-sama berperanan membangunkan Melaka mengikut acuan Kerajaan Perpaduan yang baru ditubuhkan.



“Saya akan melantik Timbalan Exco yang komposisinya cantik dan menarik’dan akan mengumumkan selepas Mesyuarat Exco pertama, esok.

“Semua Exco akan ada timbalan dan saya mahu meletakkan semua Adun (kerajaan) pada satu posisi penting dalam kerajaan negeri dan berperanan untuk bersama-sama dengan Exco yang dilantik di bawah pentadbiran ke saya (supaya) menjadi lebih mantap,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Sumpah Simpan Rahsia Ahli Exco negeri, di Balai Istiadat Seri Negeri di sini hari ini.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka direalisasikan menerusi pelantikan 10 ahli Exco negeri termasuk seorang daripada DAP.



Tujuh Adun dilantik semula menganggotai barisan Exco negeri manakala tiga lagi lantikan baharu bagi memantapkan lagi struktur pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Ab Rauf.

Pada sidang media sama, Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat yang terbentuk sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membuka lembaran baharu bagi

politik di negara ini.

Katanya, kini terdapat naratif politik baharu iaitu naratif Kerjasama Politik atau Political Cooperation’ yang merentasi faktor etnik yang dapat memupuk perkongsian kuasa antara pelbagai kaum serta pelbagai parti politik.



“Permuafakatan politik dan perkongsian kuasa antara kaum ini adalah bersifat inklusif, bukan eksklusif, seterusnya dapat memupuk semangat solidariti dan

perpaduan antara kaum di dalam usaha mentadbir negara yang mempunyai pelbagai etnik dan agama.

“Semangat yang sama kini diterjemahkan di Melaka yang mana kerajaan negeri adalah berlandaskan Kerajaan Perpaduan dengan komposisi barisan Exco mengambil kira semua parti seperti Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dimensi politik dan demokrasi di Melaka kini sudah lebih matang dan sudah tiba masa untuk mengenepikan politik bersifat



perkauman dan menyimpan perasaan prasangka sesama sendiri.

“Ini bukanlah masa kita bercanggah dan bertelingkah tetapi menumpukan usaha dan tenaga ke arah membangunkan negeri ini dan menjamin masa depan hampir sejuta rakyat negeri ini.

“Saya tidak mahu prasangka dan perbezaan antara agama dan budaya berterusan menjadi halangan kepada perpaduan rakyat berbilang kaum dalam konteks permuafakatan politik di Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

“Kita sudah kehilangan begitu banyak masa kerana politik yang tidak stabil dalam tempoh lima tahun yang lalu,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button