Puad sedia menanti Azmin di Batu Pahat

Datuk Puad Zarkashi

 

Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi berkata beliau sedia menanti Azmin Ali di P150 Batu Pahat pada PRU15.



“sebenarnya soalan itu silap dan tidak tepat, yang sepatut ditanya ialah kenapa Azmin mahu melarikan diri dari Gombak?”

Itu respon Puad ketika ditanyakan soalan yang disediakan.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual untuk segmen Anda Musykil Kami Terjah.



Azmin juga juga dikatakan akan bertanding di Shah Alam, Pengerang selain Batu Pahat.

“biar mati bermaruah di tempat asal, jangan hidup di dua alam” – Puad Zarkashi

Puad turut mempersoalkan mengapa Azmin tidak berani mengumumkan akan mempertahankan kedudukan beliau di Parlimen Gombak.

Umum tahu Azmin merupakan bekas Timbalan Presiden PKR, Menteri Kanan Ekonomi Pakatan Harapan telah bertindak keluar PKR semasa ‘Sheraton Move’.



Beliau kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi mengekalkan kedudukannya dalam kabinet Muhyiddin Yassin.

Eksklusif – Anda Musykil Kami Terjah (episod 5)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button