Juventus ikat Pogba empat tahun

London: Juventus dilaporkan mencapai persetujuan menandatangani pemain tengah Perancis, Paul Pogba dengan perpindahan percuma.

Bekas bintang Manchester United itu dijangka tiba di Turin Sabtu ini untuk ujian perubatan dan menandatangani kontrak secara rasmi.

Pemenang Piala Dunia 2018 terbabit dikatakan bersetuju dengan kontrak empat tahun bersama gergasi Serie itu.

Kepulangannya ke Juventus amat dinantikan selepas empat tahun dia bersama kelab itu sebelum berpindah semula ke United dengan harga £89 juta (RM470 juta) pada 2016 yang mencipta rekod dunia.

Namun tempoh enam musimnya di Old Trafford dihantui kecederaan dan prestasi tidak konsisten menyebabkan penyokong dan pemerhati sukan mempersoalkan kesungguhan dan komitmennya kepada United.

Pemain yang memiliki 91 kap antarabangsa itu meledak 39 gol dalam 226 penampilan dalam semua kejohanan tetapi hanya sekali mencatat dua angka dalam liga, 13 pada musim 2018-19.

Dalam tempoh itu, dia bagaimanapun menyerlah bersama Perancis apabila membantu skuad Didier Deschamp menjuarai Piala Dunia 2018 namun prestasinya tidak menjadi di peringkat kelab.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker