Pemain Barca, Madrid terus tegang di kem Sepanyol

LONDON: Pemain Barcelona dan Real Madrid terpaksa dipisahkan ketika sesi latihan bersama skuad kebangsaan Sepanyol menurut laporan.

Kedua-dua kelab terbabit dalam pertembungan Clasico pada Ahad.

Barca menang 2-1 hasil jaringan minit akhir Franck Kessie seterusnya menjarakkan kedudukan kepada 12 mata dalam La Liga.



Selepas perlawanan itu, bintang Barca, Gavi dan Alejandro Balde melaporkan diri bersama kem Sepanyol sama seperti rakan sepasukan dari Madrid, Dani Carvajal, Nacho dan Dani Ceballos.

Menurut El Chiringuito, pemain dari setiap pasukan berlatih dengan kumpulan berbeza bagi mengelak ketegangan.

Real Madrid jelas tidak gembira dengan tindak tanduk Gavi.

Pemain berusia 18 tahun itu sudah membina reputasi sebagai pemain yang sentiasa mencipta pertelagahan.



Tetapi dia keterlaluan dalam insiden membabitkan Ceballos pada aksi Clasico itu.

Menurut wartawan Sepanyol, Adrian Sanchez, beberapa pemain Real Madrid menghubungi bintang senior Barca bagi memberitahu masalah berkaitan Gavi.

Mereka merasakan pemain lebih berpengalaman Barcelona sepatutnya bercakap dengan bekas pemain akademi itu mengenai kelakuannya.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button