Malaysia Akan Menjadi Negara Pulau

Malaysia Akan Menjadi Negara Pulau

Malaysia Akan Menjadi Negara Pulau

Rancangan Thailand untuk membina pelabuhan serta jambatan darat yang akan memendekkan perjalanan kapal hingga tidak perlu melalui Selat Melaka.

Namun ia dilihat bakal memberi implikasi besar bukan saja kepada Malaysia bahkan Singapura dan Indonesia.

Prof Datuk Dr Alias Abdullah berkata, perancangan Thailand itu sudah tentu memberi implikasi terhadap sektor logistik tempatan dan pelabuhan utama di Malaysia.



Kesan berkenaan sangat ketara kepada urusan Pelabuhan Klang, Kuantan dan Tanjung Pelepas.

Malah tidak banyak kapal akan melalui Selat Melaka apabila pelabuhan terbabit siap kelak.

“Bagaimanapun, memang akan ada pro dan kontra”.

“Paling penting kita perlu membuat rancangan holistik untuk sektor logistik negara termasuk yang bakal beri manfaat kepada sektor pelancongan”.



“Jika benar terusan itu dibina, Malaysia perlu memanfaatkan faedah ekonomi yang bakal dijanakan kepada sektor pelancongan,” jelas beliau.

Menurutnya, terdapat beberapa tindakan yang kerajaan perlu dilakukan.

Antaranya ialah memperkemaskan perkhidmatan pelabuhan kepada kapal syarikat besar yang menggunakan pelabuhan di Malaysia.

Kerajaan perlu menawarkan sesuatu yang lebih kompetitif dan membawa pulangan lebih baik berbanding menggunakan kemudahan di terusan Thailand berkenaan.



Kerajaan perlu mewujudkan zon pertumbuhan ekonomi serantau antara selatan Thailand bersama Malaysia dan Indonesia agar pelaburan dan faedah bersama diperolehi.

“Kerjasama sosio-politik dan diplomasi serantau antara Thailand dan Malaysia juga harus dipertingkatkan”.

“Agar kedua-duanya saling membantu dalam apa jua kerjasama yang memberikan kebaikan, faedah dan pulangan pelaburan,” tambah beliau.

Beliau menjangka pembinaan pelabuhan Thailand itu akan memberi impak dan menguntungkan Pulau Pinang.



Thailand mengemukakan cadangan projek berbilion dolar bagi mengurangkan masa perkapalan antara Lautan Hindi dan Pasifik dengan mengelak Selat Melaka, sebuah laluan laut utama yang sibuk.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin memberitahu pelabur di San Francisco bahawa projek itu boleh memendekkan masa perjalanan kira-kira empat hari.

Malah ianya akan dapat mengurangkan perbelanjaan perkapalan sebanyak 15 peratus.

Projek Landbridge itu dianggarkan menelan kos kira-kira 1 trilion baht (AS$28 bilion).



 

Malaysia Akan Menjadi Negara Pulau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button