Wartawan cedera USB dihantar penjenayah meletup

Wartawan cedera USB dihantar penjenayah meletup

Wartawan cedera USB dihantar penjenayah meletup
Wartawan cedera USB dihantar penjenayah meletup

QUITO: Wartawan di seluruh Ecuador kini menjadi sasaran penjenayah yang menghantar alat letupan melalui pos.

Malah, seorang penyampai berita, Lenin Artieda dilaporkan cedera apabila alat letupan seperti pemacu USB meletup setelah membuka sampul surat di tengah-tengah bilik berita.

Lapor BBC, mangsa memasukkan alat USB itu ke dalam komputernya sebelum terjadi letupan.

Jabatan Peguam Negara Ecuador mengesahkan kejadian itu dan pihaknya membuka kertas siasatan di atas keganasan tersebut.

Jabatan itu bagaimanapun tidak menamakan saluran berita khusus yang disasarkan penjenayah.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya lima organisasi berita berbeza di seluruh Ecuador menerima ‘surat’ tersebut.

Kerajaan Ecuador mengecam serangan itu dan menyifatkan kebebasan bersuara sebagai hak yang mesti dihormati.

“Sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan kewartawanan dan kebebasan bersuara adalah tindakan menjijikkan yang harus dihukum dengan semua ketegasan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Dalam Negeri Ecuador, Juan Zapata pula berkata, semua peranti itu dihantar dari bandar yang sama.

Tiga dihantar ke media di Guayaquil dan dua ke ibu negara, Quito.

Peranti lain yang pernah dihantar menerusi pos ke media lain dikhabarkan gagal meletup atau tidak pernah dibuka.

Ketua Sains Forensik Ecuador berkata, peranti itu mengandungi bahan letupan yang digunakan tentera.

14 maut gempa 6.8 magnitud gegar Peru dan Ecuador

Wartawan cedera USB dihantar penjenayah meletup



LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker