‘Ayahanda’ tapak bazar di Johor tak seteruk KL

FOR METRO SOUTH EAST……….STANDING ALONE….pic only
A lot of people visiting Bazaar Ramadan to buy foods for breaking fast at Taman Adda Height, Johor Baru. Pic by ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

Johor Bahru: Tidak dinafikan terdapat segelintir pihak yang berperanan sebagai ‘Ayahanda’ tapak bazar di negeri ini terutama Johor Bahru, namun harga yang dikenakan tidak seperti di Kuala Lumpur.

Seorang peniaga bazar yang hanya mahu dikenali sebagai Amin berkata, wujud golongan ini yang mengambil kesempatan dan peluang kerana adanya permintaan.

“Saya tidak pernah kena, tapi ada juga peniaga lain yang beritahu pernah dapatkan tapak Aidilfitri pada harga RM30,000 menerusi ‘Ayahanda’ tapak bazar ini.

“Di Johor Bahru mungkin situasinya tidak seteruk Kuala Lumpur, lokasi mana saya tidak tahu tetapi untuk cakap tiada memang mustahil. Pasti ada yang ambik kesempatan sebab ada permintaan khususnya peniaga asing.



“Saya sudah masuk bazar berbuka puasa lebih 10 tahun, tetapi semuanya dibuat dengan memohon tapak kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya harga yang dibuka PBT juga lebih munasabah dan masih mampu untuk disewa peniaga sepertinya.

“Saya memang sejak masuk bazar ramadan untuk menjual menu berbuka puasa, akan melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Sementara itu, Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noor Azam Osman memaklumkan, MBJB sentiasa memantau dan akan ambil tindakan tegas jika wujud kegiatan monopoli tapak bazar.



Namun katanya, setakat ini tiada aduanditerima berhubung isu ‘Ayahanda’ tapak bazar.

“Untuk makluman, kesemua Bazar Aidilfitri dan Ramadan dalam kawasan MBJB adalah anjuran persatuan atau secara persendirian dan bukan di bawah anjuran MBJB. Bermakna penyewa hendaklah berurusan dan berfahaman berkenaan sewa tapak dengan penganjur sebelum bersetuju untuk menyewa tapak bazar.

“MBJB telah meminta pihak penganjur memberikan maklumat awal tentang kadar harga yang dikenakan kepada peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri.

“Mengikut rekod, buat masa ini kadar harga khemah jenis jualan juadah Bazar Ramadan adalah bermula RM200 hingga RM2,500 termasuk di tapak swasta iaitu di kawasan kompleks membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai dan berkedudukan strategik.

“Jika terbukti harga yang disewakan berlainan daripada maklumat awal yang diberikan kepada MBJB semasa proses permohonan, MBJB boleh mengambil tindakan untuk membatalkan kebenaran menganjur atas dasar memberikan maklumat palsu kepada Majlis,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker