MotoGP: Yamaha hadapi ancaman Quartararo

MotoGP: Yamaha hadapi ancaman Quartararo

MotoGP: Yamaha hadapi ancaman Quartararo
QUARTARARO desak Yamaha untuk mengembalikan prestasi sebenar jentera atau dia bakal meninggalkan pasukan itu sebaik kontraknya berakhir hujung musim depan. – AFP

LONDON – Yamaha dilihat dalam bahaya selepas pelumbanya, Fabio Quartararo telah memberikan amaran agar pasukannya itu lebih serius memandangkan tahun 2023 adalah prestasi terburuknya apabila sekadar di kedudukan ke-10 keseluruhan.

Tahun 2025 menyaksikan bakal berlakunya banyak perubahan besar terutama ketika sebahagian besar kontrak pelumba akan berakhir pada tahun depan.

Selepas itu, Quartararo mengakui dia sukar untuk mendapatkan rentak terbaiknya dan sekadar menamatkan perlumbaan 2022 sebagai naib juara dan tempat ke-10 pada musim 2023 dengan hanya meraih tiga podium.



“Tentu saja sebagai seorang pelumba, Yamaha telah memberi saya peluang untuk berada di pentas MotoGP. Saya memberi mereka gelaran juara dan hubungan kami sangat baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Rosdy bidas kenyataan Ti Lian Ker


“Sebagai seorang pelumba, saya mahu membuat kejutan untuk meraih kembali kemenangan bersama Yamaha. Kami pernah berada di puncak hingga jatuh di posisi terendah, jadi saya mahu kembali ke puncak.



“Tetapi masalahnya, kami hanya mempunyai waktu yang sangat-sangat singkat untuk melakukannya terutama bagi saya sendiri untuk meyakinkan diri bahawa ini adalah projek kemenangan.

“Jika saya rasa tidak memiliki projek kemenangan dan saya harus pergi, tentu saja saya harus mengambil langkah itu,” kata Quartararo. – AGENSI

MotoGP: Yamaha hadapi ancaman Quartararo

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button