Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.

Oleh Adam Malik

Benar juga jika ada yang bertanya apa Tun Mahathir buat untuk orang Melayu selama 22 tahun dan 22 bulan menjadi Perdana Menteri ?

Laungan Proklamasi Melayu tidak perlu diadakan pun jika selama 22 tahun dan 22 bulan Mahathir menjadi Perdana Menteri ada melaksanakan apa yang dilaung nya didalam Proklamasi Melayu.



Umpama budak gembala kambing melaung “serigala datang , serigala datang” namun orang kampung sudah tidak menyahut panggilan itu lagi akibat kerap ditipu oleh budak gembala kambing yang melaung itu.

Benar juga jika dikatakan ini semua muslhat Mahathir mahu ‘rally’ orang Melayu dibelakang nya untuk sesuatu tujuan.

Mahathir sering pergunakan orang Melayu dan perbodohkan orang melayu, selain memandang hina kepada orang Melayu.



Sehingga hari ini Mahathir masih degil dan keras kepala untuk memohon maaf kepda orang Melayu.

Jika Mahathir menyatakan orang melayu suka rasuah, Mahathir tidak pernah pun mengkaitkan orang bukan melayu yang memberi rasuah.

Tanpa pemberi tentu tiada penerima.

Kini apabila Mahathir tersepit tiba tiba Mahathir ingat kepada orang Melayu.



Bayangkan juga, ketika Mahathir berkuasa penuh menjadi Perdana Menteri dari UMNO yang boleh melaksana kan nya dengan kuasa ‘total’ Mahathir langsung tidak mahu laksanakan agenda Melayu, apakah kini ketika kuasa terpaksa dikongsi ramai ramai oleh parti parti yang berpecah Mahathir boleh melakasana kan nya?

Mungkin juga sebab Mahathir tahu ia tidak boleh dilaksanakan maka itu sebab Mahathir berlakon mahu melaksanakan dan kemudian apabila tidak boleh , Mahathir beri banyak alasan dan sebab sebab nya , lalu Mahathir kelihatan seperti hero.

Ketika Melayu sudah mula terlihat ‘improved’ dibawah pentadbran Najib Razak, ketika itu lah Mahathir cantas.

Najib Razak melaksanakan agenda Melayu tanpa sebut Melayu supaya bukan Melayu tidak terasa hati.



GST itu antara contoh nya. Siapa paling banyak terkesan tidak boleh menipu cukai?

BRIM , lihat lah siapa penerima paling ramai didalam 7 juta penerima?

Klinik 1Malaysia , lihat lah siapa pengunjung paling ramai dan siapa yang membuka private klinik yang terkesan kerana nya?

Selain tu Najib Razak juga memberi elaun kepada nelayan, petani dan pesawah , siapakah majoriti  penerima elaun itu?



Menghapuskan beberapa subsidi itu antara nya, berapa Mak Cik Kiah untung dengan sepaket subsidi gula berbanding towkay kilang biskut yang bei berguni gula?

Itu lah bijaksana Najib Razak tanpa sebut  Melayu pun.

Najib Juga perkasa kan FELDA dan Tabung haji sebelum kerajaan Mahathir melingkup kan nya.

Mahathir melantik Menteri Kewangan bukan Melayu yang menjaga dana dana Jabatan Agama dan peruntukan untuk orang Islam, temberang apa Mahathir hendak sampaikan kepada orang Melayu?



Mahathir melantik Peguam Negara bukan Melayu untuk melayu mana?

Itu lah Mahathir, sebenar nya tiada niat pun untuk jaga orang Melayu, menyatakan proklamasi hari ini ada lah untuk ‘decoy’ melayu sahaja, jika ketika berkuasa penuh pun Mahathir tidak mahu lakukan apakah ketika sudah tiada kuasa mampu melaksana kan nya?

Temberang Mahathir sudah basi.

Proklamasi Melayu sekadar tajuk sahaja, untuk platform Mahathir Kembali kumpul kuasa dan mahu mnemberi tekanan kepada kerajaan yang diketahui nya komposisi parti sama dengan Pakatan Harapan 1.0 ketika Mahathir sendiri menjadi Perdana Menteri 22 bulan.

22 bulan dimana Melayu rasa sangat terancam dan berada didalam ketakutan.

Pulau milik tanah Melayu diserah kepada Singapura ketika Mahathir jadi Perdana Menteri 22 bulan.

Ladang milik agensi Melayu tergadai kepada bukan Melayu dibawah batang hidung Mahathir.

Aset milik Melayu dihurung masuk SPV dikuasa Menteri bukan Melayu.

Itu lah Proklamasi Mahathir ketika berkuasa , ini baru cerita 22 bulan , belum lagi 22 tahun.

Perbuatan tidak sama dengan percakapan, sijahil dengar apa yang Mahathir cakap, yang berakal akan perhatikan perbuatan nya, langsung tidak sama malah berlawanan.

Maka, tidak salah bagi orang Melayu menolak Proklamasi auta Mahathir.

Proklamasi Melayu mungkin nampak benar jika bukan Mahathir yang melaungkan nya.

Tetapi bagi bekas Perdana Menteri yang dibawah pentadbiran nya ada 12 orang Melayu terbunuh dan seorang auditor melayu terbunuh ketika menyiasat skandal, maka laungan serigala datang sudah tidak dilayan lagi oleh orang Melayu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button