6,510 saman dalam Op Hormat Undang-Undang fasa dua

6,510 saman dalam Op Hormat Undang-Undang fasa dua

6,510 saman dalam Op Hormat Undang-Undang fasa dua

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,510 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata daripada jumlah itu sebanyak 5,190 saman kesalahan halangan lalu lintas.

“Kesalahan lain adalah tiada lesen memandu (165), nombor plat fancy (77), tidak patuh lampu isyarat merah (38), dan lain-lain (1,005).

“Selain itu, seramai 11 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dan sebanyak 16 motosikal disita sepanjang operasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sarifudin berkata, sebanyak 24 operasi dijalankan semalam membabitkan Op Motosikal; Op Parkir Haram; Op Perdagangan; Op Mabuk; Op Khas; Op Pelbagai dan Op Halangan.

Katanya, operasi itu dijalankan dengan kekuatan 795 pegawai dan anggota.

Operasi fasa kedua itu memasuki hari terakhir hari ini selepas bermula 15 September lalu dengan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara.

6,510 saman dalam Op Hormat Undang-Undang fasa dua

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker