AAX pajak pesawat MSN1596 setahun

AAX pajak pesawat MSN1596 setahun

AAX pajak pesawat MSN1596 setahun
AIRASIA X Bhd (AAX) sudah memeterai perjanjian pajakan dengan Asia Aviation Capital Ltd (AACL) untuk pajakan pesawat MSN1596 selama setahun dengan anggaran nilai RM30.54 juta termasuk sewaan pemajakan dan rizab penyelenggaraan.

AIRASIA X Bhd (AAX) sudah memeterai perjanjian pajakan dengan Asia Aviation Capital Ltd (AACL) untuk pajakan pesawat MSN1596 selama setahun dengan anggaran nilai RM30.54 juta termasuk sewaan pemajakan dan rizab penyelenggaraan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AAX berkata, pesawat tambahan itu mempunyai konfigurasi yang sama dengan barisan pesawat sedia ada, sekali gus melancarkan peralihannya ke dalam barisan pesawat syarikat.

“Syarat utama dalam urus niaga itu adalah berdasarkan amalan pasaran semasa, dan syarat yang sama termasuk untuk sijil pengendali udara (AOC) lain yang mengandungi nama AirAsia atau AirAsia X, tertakluk kepada situasi pasaran dan pembolehubah lain pada masa tersebut.

“Selain itu, kadar yang ditawarkan kepada AAX telah disepakati atas dasar yang dipersetujui oleh kedua-dua AACL dan AAX,” katanya.

AAX berkata risiko kewangan berkaitan dengan perjanjian itu dijangka terhad kepada nilai kontrak dan tiada risiko lain yang dikaitkan dengan urus niaga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut


AACL ialah unit milik penuh AirAsia Bhd, yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh Capital A Bhd.AIRASIA X Bhd (AAX) sudah memeterai perjanjian pajakan dengan Asia Aviation Capital Ltd (AACL) untuk pajakan pesawat MSN1596 selama setahun dengan anggaran nilai RM30.54 juta termasuk sewaan pemajakan dan rizab penyelenggaraan.

AAX pajak pesawat MSN1596 setahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker