Isteri imbau kecederaan Aaron turut berpunca semasa berlakon KL Gangster arahan Syamsul

Isteri imbau kecederaan Aaron turut berpunca semasa berlakon KL Gangster arahan Syamsul

Isteri imbau kecederaan Aaron turut berpunca semasa berlakon KL Gangster arahan Syamsul
Diyana tampil mempertahankan suaminya.

ISTERI Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik menjelaskan kecederaan tulang belakang yang dialami aktor itu beberapa tahun lalu adalah berpunca daripada penglibatan dalam filem arahan Syamsul Yusof sendiri aitu KL Gangster.

Diyana, 42, berkata, kecederaan itu berlaku ketika Aaron menjalani latihan dan berharap Syamsul memahami keadaan dilalui suaminya itu.

“Ya Allah Ya Tuhanku, saya berdoa sempena Ramadan ini untuk Syamsul menerima nasib sama apabila dia sudah berusia dan diuji dengan kesihatan.



 

 

“Apa yang suami saya lalui beberapa tahun lalu adalah kecederaan tulang belakang ketika penggambaran filem KL Gangster. Ia berlaku sewaktu menjalani latihan filem berkenaan,” katanya.

Diyana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis sebagai respons kepada kenyataan Syamsul yang berkongsi punca Aaron digugurkan dalam The Original Gangster.

Laporan media sebelum ini turut melaporkan Aaron mula mengalami kesakitan selepas ditimpa kemalangan semasa penggambaran rancangan realiti Fear Factor Malaysia pada 2013.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pada itu, Diyana mendedahkan dia banyak menangis sepanjang projek lakonan KL Gangster kerana tidak menyangka perlu melalui detik-detik sukar sebagai seorang pengurus artis kepada Aaron.



Diyana bagaimanapun mengambil iktibar dengan perkara yang berlaku dan menegaskan apa pun yang terjadi, budi bahasa tetap perlu diutamakan.

“Saya menangis teruk untuk projek ini. Sepanjang bergelar pengurus, saya tidak pernah lalui detik sukar seperti ini.

“Saya kini sedar kalau nak all out kita perlu tengok untuk siapa. Berbudi dan berbahasa sangat penting.

“Terima kasih Allah kerana melindungi suami saya daripada projek terbaharu ini. Allah lebih tahu dan perancang yang terbaik,” ujarnya.

 

Isteri imbau kecederaan Aaron turut berpunca semasa berlakon KL Gangster arahan Syamsul
Kenyataan yang dibuat oleh Diyana menerusi artikel mStar.

Pada Rabu, Syamsul mendedahkan punca sebenar Aaron digugurkan dalam The Original Gangster walaupun pada asalnya dia mahu menutup kisah di sebalik kemelut berkenaan.

Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan dan keputusan itu bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain yang terlibat.

Sebaliknya Syasmul ialah orang terakhir yang terpaksa akur atas pengguguran Aaron itu.

Kehamilan Tidak Luntur Semangat Nur Diyana

Isteri imbau kecederaan Aaron turut berpunca semasa berlakon KL Gangster arahan Syamsul


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker