KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong

KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong

Dalam satu rancangan podcast yang dinamakan Keluar Sekejap, KJ dilihat seolah-olah cuba untuk melaga-lagakan antara DS Zahid dengan DS Najib.

Umum mengetahui bahawa antara DS Zahid dengan DS Najib sememangnya mempunyai hubungan yang cukup baik.

Hubungan yang akrab itu diikat dengan semangat setiakawan yang cukup tinggi.

Namun begitu, hubungan yang begitu akrab tidaklah sampai membawa kepada salah guna kuasa.

Lebih-lebih lagi bagi DS Zahid yang kini menjadi Timb Perdana Menteri.

Dalam rancangan yang menampilkan KJ dan juga Shahril Hamdan, KJ dilihat cuba memberikan amaran bahayanya pengaruh DS Najib terhadap UMNO.

Dakwa KJ, pengaruh DS Zahid memang kua.

Tetapi beliau tidak boleh leka dengan kekuatan itu kerana ianya diancam oleh pengaruh DS Najib.

KJ juga mendakwa, cerita mengenai DS Najib belum tamat lagi.

Beliau cuba membayangkan kononnya DS Najib mempunyai agenda peribadi ke atas UMNO.

Masa Untuk KJ Move On

Bagi penulis, dakwaan dangkal yang tidak langsung bersandarkan kepada fakta.

Ianya lebih kepada manifestasi kemarahan KJ kerana telah dipecat dari UMNO.

Sekiranya benar DS Najib mempunyai niat untuk melepaskan diri dari kes mahkamah yang sedang beliau hadapi, sudah lama beliau lakukannya.

Beliau boleh memaksa Muhyiddin atau Ismail Sabri membuat perjanjian bertulis untuk membebaskan dirinya.

Ianya sebagai syarat utama menyokong mereka untuk menjadi perdana menteri.

Namun begitu, DS Najib tidak melakukan sedemikian tetapi memilih untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Namun malangnya, sebagaimana yang kita semua maklum, keadilan ke atas beliau telah dinafikan sepenuhnya oleh pihak tertentu.

Adalah lebih baik KJ tidak lagi mengambil tahu mengenai UMNO, sebuah parti yang telah beliau sendiri dakwa sudah rosak.

Realitinya, KJ dilihat tidak mempunyai masa hadapan yang cerah dalam politik kerana sikap beliau sendiri.

Lebih baik KJ memberikan perhatian kepada kerjaya baharu beliau sebagai penyampai radio dari menyibuk mengenai parti yang telah memecat beliau.

Janganlah jadi seperti hidung tidak mancung, tetapi pipi masih tersorong-sorong.

 

KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker