Wan Saiful Fitnah Lagi?

Wan Saiful Fitnah Lagi

Wan Saiful Fitnah Lagi?

 

Sekali lagi dalam Dewan Rakyat, ahli parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful, membangkitkan isu beliau cuba diberikan tawaran rasuah.

Sebelum ini penulis ada menulis mengenai pentingnya kekebalan ahli parlimen ketika berbahas di dalam Dewan Rakyat dikaji.

Bukan untuk menghapuskan kekebalan mereka, tetapi agar ianya tidak disalah gunakan untuk menabur fitnah atau tuduhan palsu tanpa sebarang bukti.

Persoalannya, mengapa Wan Saiful takut membuat laporan kepada pihak SPRM walau pun Ketua Pesuruhjaya SPRM menggesa agar beliau berbuat demikian?

 

Terkini, Wan Saiful sekali lagi membangkitkan cerita yang sama dalam Dewan Rakyat.

Kali ini beliau mendakwa kononnya, ahli parlimen Gua Musang, Azizi dan ahli parlimen Tg Karang, Dr Zulkafperi, menjadi ejen kerajaan untuk merasuah beliau.

Namun dakwaan Wan Saiful telah dinafikan oleh ahli parlimen Gua Musang dan beliau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Azizi berkata beliau tidak pernah mengajak Wan Saiful berunding dan membuat sebarang tawaran kepada beliau.

Sebaliknya Wan Saiful terserempak dengannya ketika sedang minum di kafe sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Wan Saiful bertanya apakah keistimewaan diperolehnya selepas menyokong Anwar.

Dan adakah kes mahkamah dihadapinya boleh digugurkan jika mengikut jejak langkah itu.

Azizi hanya menjawab beliau dapat peruntukan sama dengan ahli parlimen kerajaan.

Soal kes mahkamah bukan bidang kuasa beliau untuk memberi apa-apa jawapan atau jaminan.

Manakala Dr Zulkafperi pula menyifatkan apa yang dikatakan Wan Saiful sebagai satu fitnah dan berniat jahat.

Beliau juga menyatakan akan menjawab tuduhan Wan Saiful di parlimen pada hari Isnin minggu hadapan.

Persoalannya, mengapakah Wan Saiful hanya berani berkokok dalam Dewan Rakyat yang memberikan imuniti kepada ahli parlimen?

Kalau beliau benar, buat laporan SPRM dengan segera dan serahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

 

Wan Saiful Fitnah Lagi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker