Polis cari warga Russia bogel di Gunung Agung

Polis cari warga Russia bogel di Gunung Agung

Polis cari warga Russia bogel di Gunung Agung
AKSI tidak senonoh seorang lelaki warga Russia di Gunung Agung yang tular di media sosial.-AGENSI

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang mencari sekumpulan pelancong dari Russia yang dilaporkan berkelakuan tidak senonoh dengan mempamerkan kemaluan mereka ketika berada di puncak Gunung Agung dan memuat naik gambar aksi itu di media sosial.

Lapor Detik.com, lelaki berkenaan dan rombongannya mendaki Gunung Agung tanpa kebenaran.

Koordinator pendakian Gunung Agung di jalur Pasar Agung I, Wayan Widi Yasa mengesahkan kumpulan pelancong asing itu tiba dan memulakan pendakian awal pagi Sabtu lalu.



β€œMereka mula mendaki awal pagi jadi nama mereka tidak didaftarkan pada buku pendaftaran. Ketika itu tiada pengawal di laluan Pengubengan Kampung Besakih.

β€œBerdasarkan pengakuan penjual di sekitar Pengubengan, sekelompok warga asing yang dianggarkan berjumlah tujuh orang itu mendaki tanpa ditemani pemandu,” katanya.

Ahli politik dan ahli perniagaan, Ni Luh Djelantik melaporkan tindakan tersebut kepada pihak imigresen dan warga Russia itu sedang dicari oleh pihak berkuasa.

β€œPenahanan dan hukuman harus dikenakan dan mereka harus menanggung semua kos. Selepas ditahan mereka perlu dihantar pulang dengan perbelanjaan sendiri,” tulis Ni Luh di akaun Instagramnya.



Dalam pada itu, Wayan berkata, dia sering berdepan kes pelancong dari Russia yang bertindak sesuka hati. di tempat awam.

β€œKebanyakan warga Russia begitu sukar dikawal dan sering memberi alasan tidak boleh berbahasa Inggeris dan tidak memahami maklumat daripada pemandu atau penduduk. Kami tidak mahu mewajarkannya, tetapi itulah yang berlaku di lapangan,” katanya.

Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui separuh bogel dalam longkang

Polis cari warga Russia bogel di Gunung Agung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker