Anak lembu jatuh longkang diselamatkan

Anak lembu jatuh longkang diselamatkan

Anak lembu jatuh longkang diselamatkan
Anggota bomba menyelamatkan anak lembu yang terperangkap dalam longkang sedalam 1.5 meter di jalan utama Antaragapi, semalam. – Foto NSTP/Ihsan Bomba

HULU SELANGOR: Anggota bomba menyelamatkan seekor anak lembu yang terperangkap dalam longkang di jalan utama Antaragapi, di sini, semalam.

Difahamkan, haiwan seberat kira-kira 80 kilogram itu berada dalam longkang sedalam 1.5 meter sejak dari pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.12 petang.



“Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal, pemanggil memaklumkan dia mencari pemilik anak lembu itu di kawasan sekitar namun tidak dapat dikesan.

“Sehingga ke waktu petang, haiwan terbabit masih berada dalam longkang menyebabkan dia bertindak menghubungi bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Morni berkata, anggota bertugas menangkap dan mengangkat anak lembu berkenaan dengan menggunakan tali dan hos ke tempat selamat.



Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.53 petang.

Budak 6 tahun jatuh longkang ditemui lemas

Anak lembu jatuh longkang diselamatkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker