2 ditahan susulan rampasan rokok, mercun di Kangar

2 ditahan susulan rampasan rokok, mercun di Kangar

2 ditahan susulan rampasan rokok, mercun di Kangar

KANGAR: Dua lelaki ditahan selepas polis merampas sejumlah besar rokok dan mercun tanpa duti kastam dan permit sah bernilai RM170,000 dalam dua serbuan Op Kontraban berasingan di sini pada Isnin dan Selasa lalu.

Dalam serbuan Isnin lalu, polis menyerbu sebuah kedai runcit di kawasan Kampung Padang Behor, di sini dan menemukan 49 karton rokok pelbagai jenis dipercayai tiada duti kastam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, dalam serbuan jam 5 petang itu juga, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan.

“Susulan itu, suspek membawa polis ke sebuah rumah di kawasan Taman Sentosa di Kuala Perlis di mana 473 karton rokok pelbagai jenis ditemukan dipercayai tidak mempunyai duti kastam.

“Siasatan awal mendapati jenama rokok berkenaan seperti Concept, Redwood, Vess dan bermacam lagi tidak dijual di pasaran tempatan dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM100,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, hari ini.

Mengulas serbuan kedua pula, katanya, polis menyerbu sebuah premis stor penyimpanan di kawasan Jalan Bukit Lagi, di sini dan menjumpai 36 kotak besar berisi pelbagai mercun dan bunga api dipercayai disimpan tanpa permit sah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Dalam serbuan itu, kita menemui 36 kotak besar di dalamnya mengandungi 1,560 kotak kecil, 140 bungkusan besar dan kecil serta 15 ikatan mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM70,000 untuk pasaran sempena Aidilfitri.

“Dalam serbuan itu juga, kita menahan seorang lelaki berusia 54 tahun kerana menyimpan barangan berkenaan di premis tanpa permit sah dan siasatan awal mendapati, stor penyimpanan itu baharu dua minggu digunakan,” katanya.

Yusharifuddin berkata, semakan rekod mendapati suspek dalam serbuan pertama itu pernah terbabit kes pecah rumah, selain pernah ditahan kerana menjual mercun secara haram.

“Suspek kedua pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kita siasatan mendapati lelaki itu menjalankan perniagaan alat tulis,” katanya.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM170,000 dan suspek direman sehingga esok untuk membantu siasatan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1976 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Lelaki direman bantu siasatan kes bunuh abang

2 ditahan susulan rampasan rokok, mercun di Kangar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker