4 kereta, 8 motosikal dihempap pokok tumbang

4 kereta, 8 motosikal dihempap pokok tumbang

4 kereta, 8 motosikal dihempap pokok tumbang
Kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah universiti swasta di Nilai dihempap pokok tumbang petang tadi. – Foto ihsan Bomba

SEREMBAN: Hujan lebat disusuli ribut petang tadi menyebabkan dua pokok tumbang dan menghempap empat kereta serta lapan motosikal dalam dua kejadian berasingan dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian di sebuah universiti swasta di Putra Nilai, dekat sini, sebatang pokok tumbang dan menghempap empat kereta yang diletakkan di kawasan parkir universiti berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.30 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai serta Mantin bergegas ke lokasi.

“Dua kereta jenis Perodua Myvi serta masing-masing sebuah Perodua Bezza dan Honda City yang berada di kawasan parkir dihempap pokok, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini.

“Pihak bomba membantu menjalankan kerja memotong pokok dan pembersihan,” katanya ketika dihubungi.

4 kereta, 8 motosikal dihempap pokok tumbang
Sebahagian motosikal yang rosak apabila pokok tumbang menghempap gerai di Mambau, petang tadi. – Foto ihsan Bomba
4 kereta, 8 motosikal dihempap pokok tumbang
Beberapa kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah universiti swasta di Nilai dihempap pokok tumbang petang tadi. – Foto ihsan Bomba

Dalam kejadian di Kampung Mawar, dekat Mambau, di sini, pihak bomba menerima panggilan jam 5.36 petang, sebelum pasukan dari BBP Seremban dikejarkan ke lokasi susulan kejadian sebatang pokok menghempap sebuah bengkel dan garaj motosikal.

“Kerosakan membabitkan bangunan bengkel dan lapan motosikal di dalam garaj. Tiada mangsa cedera dan kerja memotong pokok dijalankan,” katanya.

Sementara itu, pihaknya mengingatkan orang awam berwaspada kerana hujan lebat berserta ribut pada sebelah petang akan berterusan dalam beberapa hari lagi.

Penunggang motosikal maut, rakan parah dihempap pokok tumbang di Seremban

4 kereta, 8 motosikal dihempap pokok tumbang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker