6 direman kes tipu tawaran gelaran Datuk Seri

6 direman kes tipu tawaran gelaran Datuk Seri

6 direman kes tipu tawaran gelaran Datuk Seri
Foto hiasan

Melaka: Enam lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes penipuan tawaran gelaran ‘Datuk Seri’ hingga menyebabkan seorang ahli perniagaan ini kerugian hampir RM400,000 empat tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata perintah reman empat hari bermula semalam itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes.

Katanya, semua suspek berusia 33 hingga 44 tahun ditahan pada 21 Mac lalu di sekitar Pulau Pinang, Terengganu, Selangor serta Johor dan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan siasatan pengadu yang berusia 63 tahun mendakwa dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai ‘Datuk Fadhil’ dari Istana Negara sekitar 2019.



Suspek menyatakan pengadu dianugerahkan pingat ‘Datuk Seri’ dan perlu membayar RM300,000 untuk proses kenaikan anugerah, yang mana mangsa bersetuju dengan syarat itu.

“Begitupun mangsa tidak menandatangani sebarang surat perjanjian mahupun berjumpa suspek, dengan segala urusan hanya melalui telefon.

“Mangsa mendakwa pembayaran dibuat secara berperingkat melalui 13 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM396,400 melalui pindahan wang ke beberapa akaun bank berbeza diberikan suspek bermula 21 Jun 2019,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mengulas lanjut, katanya, pada 30 Mac 2021 suspek menghubungi mangsa dan memberitahu akan menghantar wakil berjumpanya di luar pintu Gate 2 Istana Negara bagi urusan pembayaran baki bayaran RM70,000 serta serahan surat tawaran watikah Datuk Seri.



“Apabila sampai, mangsa didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai istana yang dihantar suspek untuk urusan itu.

“Mangsa turut menandatangani serta meletakkan kedua-dua cap ibu jari ke atas surat tawaran itu sebelum mengetahui ia palsu, selepas disahkan dua kenalannya yang juga pengiring rapat istana,” katanya.

Sementara itu, Christopher menasihati orang ramai berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang tawaran berkaitan gelaran dan pangkat bagi mengelak ditipu.

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

6 direman kes tipu tawaran gelaran Datuk Seri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker