Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni

Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni

Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni

Dr Mahathir, satu nama yang dahulunya sangat disanjung oleh rakyat Malaysia tetapi kini nama itu sangat dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia.

Mengapa?

Penulis teringat kepada kata-kata Imam Ahmad Hambal r.a., pengasas mazhab Hambali, kata beliau:

“Aku dipandang mulia oleh manusia kerana Allah SWT menutup aibku, tetapi sekiranya Allah SWT membuka aibku, pasti aku akan dipandang dengan cukup hina”.

Itu adlah kata-kata dari seorang ulamak yang sedar bahawa kuasa dan kemuliaan yang dimiliki adalah milik Allah SWT.

Apa kaitannya dengan kebencian majoriti rakyat Malaysia dengan Dr Mahathir.

Dahulu ketika beliau berkuasa selama 22 tahun, Allah SWT menutup aib Dr Mahathir.

Dengan kuasa yang beliau miliki, Allah SWT mengizinkan beliau mengawal sepenuhnya media massa yang menjadi rujukan utama rakyat.

Kemudian Allah SWT tambahkan lagi dengan kuasa dan pengaruh beliau dalam menguasai bidang eksekutif.

Segala kebobrokan yang beliau lakukan tersimpan rapi.

Tetapi apabila beliau sudah melampaui batas, maka satu persatu aib beliau Allah SWT buka.

Pendedahan Tengku Razaleigh Tentang Kerakusan Dr Mahathir

Terkini, mantan Menteri Kewangan yang juga pengasas Petronas, Tengku Razaleigh (Ku Li), membuat pendedahan tentang kerakusan Dr Mahathir dalam menjarh duit negara.

Ku Li mendedahkan, sepanjang berkuasa, Dr Mahathir telah menjarah sekurang-kurangnya RM529 bilion dana Petronas untuk menyelamatkan kroni beliau.

Antaranya adalah:

  • Rm31.5 bilion untuk menutup kerugian dari skandal FOREX
  • USD800 juta untuk membayar kerugian Perwaja Steel
  • RM550 juta untuk menyelamatkan Konsortium Perkapalan yang dimiliki oleh anak beliau, Mirzan Mahathir
  • Memberikan kontrak kepada berjumlah RM700 juta kepada syarikat di mana anak beliau, Mokhzani Mahathir, adalah Naib Presiden
  • Petronas juga telah membayar sebanyak RM529 bilion kepada kerajaan pimpinan Dr Mahathir dalam bentuk bonus, dividen, cukai dan lain-lain
  • Petronas juga telah diarah untuk membayar Bank Bumiputera sebanyak RM3.5 bilion
  • Pada 1997, Petronas sekali lagi diarahkan untuk membayar Konsortium Perkapalan sebanyak RM2 bilion untuk menyelamatkan syarikat tersebut

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila baca di sini:

https://negaramerdeka.com/tun-m-bazirkan-lebih-rm529-bilion-wang-petronas-sejak-1970-selamatkan-kerugian-mirzan-mokhzani-tengku-razaleigh/

Terbukti, Dr Mahathir bukan sayangkan bangsa Melayu dan negara, tetapi menggunakan bangsa Melayu dan negara untuk menyelamatkan perniagaan kroni beliau.

 

Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker