Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik

Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik

Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik
Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik

Sempena hari raya Aidiladha jom kita tengok resepi Daging masak kurma. Kurma tu bukan buah kurma, tapi jenis campuran rempah yang memang khas untuk masakan yang namanya korma.

Lauk ni kalau dekat kampung Che Nom dulu memang wajib ada lah kalau kenduri, kuah tu mesti lah pekat dengan rempah korma yang ditumis sampai pecah minyak, gabung pula dengan rasa daging fresh yang dimasak lembut, kemudian dimasukkan santan untuk rasa kuah lebih berlemak. Ada satu bahan iatu ketumbar yang akan sedapkan lagi rasa masakan ini.

 

Bahan-bahan:

 

  • 5 kilo daging
  • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • 4 sb rempah kurma
  • 3 akar ketumbar
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang
  • 1-2 biji bawang merah besar
  • 1-2 sb air asam jawa
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • Daun ketumbar
  • 2 sb kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • ATAU 1 kotak kecil santan
  • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk penyediaan kurma:
    1. Potong (pada ketulan besar) kentang, tomato, cili merah & hijau, lobak merah dan bawang besar.
    2. Potong kasar halia, bawang putih, bawang merah kecil. Hiris nipis daun ketumbar (untuk taburan), akar ketumbar asingkan.
    3. Tumbuk bahan potong kasar sampai halus (boleh kisar dengan blender kering). Bila dah lumat boleh masukkan akar ketumbar dan tumbuk sikit lagi.
    4. Bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air dan ketepikan.
    5. Rebus daging dengan 2 cawan air sampai lembut.
  2. Cara-cara untuk masak kerisik:
    1. Sangai kelapa parut tanpa minyak sampai kekuningan. Api sederhana.
    2. Bila dah sedikit perang, perlahankan api dan kacau lagi 5 minit sampai perang sekata / perang pekat.
    3. Tumbuk / kisar masa kelapa parut masih panas sampai halus dan berminyak.
  3. Cara-cara untuk masak kurma:
    1. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan bahan tumbuk halus. Kacau sampai kuning dan naik bau.
    2. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi sampai garing. Boleh tambah sedikit air kalau takut hangit.
    3. Bila dah pecah minyak, boleh masukkan daging rebus, lobak merah dan bawang besar.
    4. Masak lagi sampai rempah meresap kedalam daging (anggaran 5-10 minit).
    5. Masukkan air rebusan daging, kentang, santan, air asam jawa, kerisik dan garam. Reneh lagi 5 minit
    6. Masukkan tomato, cili, dan hirisan daun ketumbar.

 

Tip:

 

  • Potong kentang dan lobak merah pada ketulan besar supaya tak mudah hancur bila masak nanti.
  • Untuk beli daun ketumbar, cari yang ada akar dan bersihkan akar bersih-bersih.
  • Che Nom rebus daging dengna pressure cooker jadi daging cepat sikit masak.
  • Che Nom selalunya akan buat kerisik dalam 3 biji kelapa. Bila dan siap boleh pek nipis – nipis dan simpan dalam chiller. Bila nak guna boleh patahkan je.
  • Kalau tak suka daun ketumbar boleh ganti dengan daun sup.

 

Kurma Selinsing berbuah lebat di bulan Ramadan

Daging Masak Kurma Kenduri Dan Cara Buat Kerisik

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker