Kos bina semula Ukraine dianggarkan AS$411 bilion

Kos bina semula Ukraine dianggarkan AS$411 bilion

Kos bina semula Ukraine dianggarkan AS$411 bilion
PENDUDUK menunggang basikal melepasi sebuah bangunan pangsapuri yang musnah akibat serangan Russia di bandar Avdiivka, Donetsk Oblast. – AFP

WASHINGTON: Satu laporan mendedahkan kos pemulihan dan pembinaan semula Ukraine akibat kemusnahan disebabkan pencerobohan Russia lebih setahun lalu di negara itu, dianggarkan menelan perbelanjaan sekitar AS$411 bilion (RM1.81 trilion).

Jumlah itu dianggarkan lebih 2.6 kali ganda berbanding jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 untuk membina semula ekonomi negara itu.

Kajian itu dijalankan oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Suruhanjaya Eropah dan kerajaan Ukraine.

Anggaran kos itu meliputi tempoh setahun sejak insiden pencerobohan Russia di Ukraine berlaku pada 24 Februari tahun lalu.

Menurut Bank Dunia, jumlah itu mengukur tahap kerosakan langsung kepada bangunan dan infrastruktur, selain impak ke atas kehidupan dan mata pencarian rakyat serta kos untuk `membina kembali dengan lebih baik’.

Dilaporkan, jumlah itu meningkat secara mendadak berbanding anggaran AS$349 bilion (RM1.54 trilion) yang didedahkan pada September tahun lalu.

Laporan itu dikeluarkan sehari selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memaklumkan pihaknya mencapai persetujuan dengan kerajaan Ukraine mengenai pakej pinjaman selama empat tahun yang bernilai AS$15.6 bilion (RM68.91 bilion) yang mampu memanfaatkan berbilion-bilion lagi bantuan dari organisasi lain.

Berdasarkan penilaian keperluan, Ukraine dijangka memerlukan AS$14 bilion (RM61.83 bilion) untuk pembinaan semula dan pelaburan kembali pada tahun ini, yang memerlukan pembiayaan sebanyak AS$11 bilion (RM48.59 bilion), melebihi daripada dinyatakan dalam bajet 2023 Ukraine.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kira-kira 22 peratus daripada keperluan itu membabitkan pengangkutan, manakala perumahan menyumbang sebanyak 17 peratus dan tenaga (11 peratus) dan pertanian (tujuh peratus).

Bank Dunia memaklumkan sektor tenaga Ukraine menyaksikan lonjakan terbesar yang tahap kerosakan adalah lebih lima kali ganda berbanding laporan dikeluarkan pada Jun 2022.

Kerosakan paling teruk berlaku di kawasan barisan hadapan di Donetsk, Kharkiv, Luhansk dan Kherson.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal dalam kenyataan menyatakan infrastruktur tenaga, perumahan, infrasturktur kritikal, ekonomi, bantuan kemanusiaan menjadi lima keutamaan negara itu pada tahun ini.

Beliau berkata, anggaran kos kerosakan dan keperluan pemulihan tidak merangkumi data mengenai kehilangan infrastruktur, perumahan dan perniagaan di wilayah yang kini diduduki oleh tentera Russia.

Sementara itu, Naib Presiden Bank Dunia untuk Eropah dan Asia Tengah, Anna Bjerde memuji daya ketahanan dan keazaman Ukraine dalam menangani keperluan pemulihan dan pembinaan semula dengan segera.

“Sokongan berterusan untuk Ukraine merupakan pelaburan dalam negara dan ekonomi global.

“Malah, sokongan rakan kongsi pembangunan pelaburan awam perlu dilengkapkan dengan pelaburan swasta bagi meningkatkan pembiayaan sedia ada untuk pembinaan semula,” katanya. – REUTERS

Indonesia paling banyak sumbang kemusnahan hutan tropika

Kos bina semula Ukraine dianggarkan AS$411 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker