Lelaki Jepun ‘buat hal’ pakai sut daki Gunung Kinabalu

Yang penting tak buat benda bodoh untuk dikenali

Lelaki Jepun ‘buat hal’ pakai sut daki Gunung Kinabalu

Lelaki Jepun ‘buat hal’ pakai sut daki Gunung Kinabalu
Lelaki Jepun tular selepas daki Gunung Kinabalu sambil memakai sut.

NAK daki gunung ke nak pergi pejabat?

Begitulah persoalan yang timbul di minda apabila seorang lelaki Jepun dilihat berpakaian formal ketika mendaki Gunung Kinabalu pada Khamis.

Menerusi video tular, Nobutaka Sada, 49, dari Tokyo dilihat memakai sut, tali leher, kasut kulit dan turut membawa beg bimbit ketika berada di puncak gunung berkenaan.

“Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi Malaysia di Borneo dengan sut tempahan daripada SADA! Gunung lebih tinggi daripada Gunung Fuji pada ketinggian 4,095 meter,” tulisnya.

 

Lelaki Jepun ‘buat hal’ pakai sut daki Gunung Kinabalu
Antara foto yang dikongsi di Facebook lelaki itu.

Posting Facebook lelaki itu turut dibanjiri dengan pelbagai komen netizen yang terhibur melihat aksinya.

Malah, netizen turut memuji kaedah pemasaran jenama sut tersebut yang dianggap ‘genius’ sehingga mampu menarik perhatian ramai.

“Rupanya dia nak promosikan sut yang dipakai. Nak beritahu sut jenama itu boleh digunakan untuk semua iklim dan selesa.

“Pencapaian yang hebat dan kaedah bijak untuk pemasaran sut anda.

“Ini baru mentaliti kelas dunia. Tak perlu buat benda bodoh untuk marketing,” tulis beberapa netizen.

Dia turut memuat naik video perjalanannya ke puncak gunung itu menerusi laman YouTube.

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

Lelaki Jepun ‘buat hal’ pakai sut daki Gunung Kinabalu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker