Peniaga nak menjual, orang awam pun nak park kereta di lokasi sama

Bazar Ramadan jadi sempit, Entah siapa salah!

Peniaga nak menjual, orang awam pun nak park kereta di lokasi sama

Peniaga nak menjual, orang awam pun nak park kereta di lokasi sama
Suasana bazar Ramadan ini sesak disebabkan khemah tidak dapat dipasang dalam petak parkir.

APABILA tiba bulan puasa setiap tahun, maka banyaklah bazar Ramadan dibuka di serata negeri.

Peluang berniaga pastinya tidak akan dilepaskan terutama bagi peniaga makanan kerana permintaan daripada pembeli naik mendadak.

Terbaharu, tular satu foto menunjukkan peniaga bazar memasang kanopi untuk berniaga di sepanjang jalan yang mempunyai deretan kedai.

“Berapa ramai terkandas nak keluar kereta,” demikian kapsyen gambar tersebut yang dikongsi di akaun Twitter @isusemasaviral.

Difahamkan, kejadian berlaku di Puchong, Selangor di mana lokasi yang dijadikan tapak bazar ini terletak berhampiran dengan stesen LRT.

Pengguna LRT dikatakan sering meletakkan kenderaan mereka di sekitar kawasan tersebut sebelum menaiki tren untuk ke tempat kerja.

Hantaran tersebut menarik perhatian netizen untuk melontarkan komen dan pendapat sehingga ia menjadi tular.


Ada yang tidak menyalahkan peniaga kerana mendakwa notis sudah dikeluarkan lebih awal memaklumkan bahawa kawasan itu akan dijadikan tapak bazar sepanjang bulan Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.

 

Peniaga nak menjual, orang awam pun nak park kereta di lokasi sama
Jarak kereta dan dapur peniaga yang terlalu dekat.

Difahamkan, notis yang dikeluarkan meminta orang ramai mengosongkan tapak sebelum jam 3 petang setiap hari sepanjang Ramadan bagi memberi laluan kepada peniaga bazar.

Melihat situasi ini, nampaknya masih terdapat segelintir orang awam yang tidak peka dengan arahan tersebut apabila masih meletakkan kenderaan masing-masing seperti biasa.

“Padahal banner naik dah kena kosongkan kereta sebelum 3 petang. Kebanyakan orang bekerja yang naik LRT parkir dekat sini. Boleh ke kosongkan tapak sebelum jam 3 petang?

Kalau tak nak susahkan diri lebih baik jangan parkir situ. Dah tahu tempat bazar Ramadan.

NETIZEN

“Kalau dah ada banner suruh kosongkan, maka salah pemilik keretalah. Yang berniaga tu sudah bayar tapak.

“Kalau tak nak susahkan diri lebih baik jangan parkir situ. Dah tahu tempat bazar Ramadan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kalau memang lot tapak bazar yang disediakan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), dibayar permit atau lesen, ada notis pengosongan, ia bukan salah peniaga,” ujar beberapa pengguna Twitter.

Bukan itu sahaja, seorang pelayar turut berkongsi suasana bazar yang sesak dan padat dengan orang ramai apabila ruang untuk berjalan menjadi sempit disebabkan khemah tidak dapat dipacakkan rapat di bahagian tepi jalan.

 

Peniaga nak menjual, orang awam pun nak park kereta di lokasi sama
Komen netizen di Twitter.

Dalam pada itu, timbul kebimbangan apabila jarak antara kereta yang ‘terkandas’ dengan dapur yang digunakan peniaga untuk memasak dilihat terlalu dekat.

Lokasi tersebut dipercayai sememangnya dijadikan bazar setiap tahun untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat membeli juadah berbuka sepanjang bulan Ramadan.

Hantaran tersebut meraih lebih 2,000 ulang kicau dan lebih 5,000 tanda suka setelah ciapan itu menjadi tular.

Diharapkan masalah ini tidak berlarutan serta dapat diselesaikan dengan baik dan segera oleh pihak yang terlibat.

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

Peniaga nak menjual, orang awam pun nak park kereta di lokasi sama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker