Penunggang e-hailing ditahan bawa cota
Ugut anggota di IPD Besut
Penunggang e-hailing ditahan bawa cota

BESUT: Seorang penunggang e-hailing ditahan kerana membawa cota serta melakukan provokasi ugutan terhadap anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.
Video rakaman berdurasi satu minit 36 saat mengenai kejadian itu turut tular di media sosial menunjukkan pergelutan berlaku antara penunggang e-hailing itu dengan polis di hadapan IPD berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki terbabit hadir ke IPD Daerah Besut dengan menunggang motosikal.
“Lelaki itu kemudian mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dan membuat provokasi serta melibas cota kepada anggota bertugas di pos pengawal.
“Suspek kemudiannya berjalan keluar mengambil sebatang cota dari bakul motosikal dan cuba berjalan masuk semula ke dalam pagar IPD,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
“Sepanjang melaksanakan tangkapan, kekerasan seminimum mungkin terpaksa digunakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong
- Ramalan Najib tepat, Harga saham Sapura meningkat 25%
- ETP Najib, Khazanah catat untung RM1.6b Tahun 2022
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
“Kes masih dalam siasatan polis dan suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 506 dan 186 Kanun Keseksaan.
“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.
Dalam pada itu, Azrol menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan maklumat tidak sah seterusnya boleh menimbulkan kegusaran awam.
“Tindakan tegas di bawah peruntukan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan sebarang situasi boleh mengancam keselamatan serta ketenteraman awam,” katanya.
Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi
Penunggang e-hailing ditahan bawa cota
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Jarah RM529 Bilion Dana Petronas Untuk Selamatkan Kroni
- Dokumen SPRM berkaitan kesalahan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim tersebar
- Bukan tidak percaya kepada Proklamasi Melayu, tetapi tidak percaya kepada Mahathir.
- Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi