Queenie tak terburu pecah rekod Malaysia

Queenie tak terburu pecah rekod Malaysia

Queenie tak terburu pecah rekod Malaysia
QUEENIE sedang menanti jadual daripada KOM mengenai perancangan untuk tahun 2024.

RATU lempar cakera negara, Queenie Ting Kung Ni tidak mahu tergesa-gesa untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya tanpa persediaan sebaiknya kerana berisiko mengalami kecederaan yang serius.

Atlet berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan hamstring semasa menjalani sesi latihan intensif di Chengdu, China beberapa minggu sebelum turun menghadapi Sukan Asia Hangzhou pada September lalu.

Situasi itu menyaksikan Queenie berputih mata untuk memperbaharui catatan kebangsaan 52.36 meter (m) yang diciptanya ketika meraih pingat emas final Grand Prix Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada Disember 2022.

Kini, Queenie menanti penuh sabar kalendar 2024 daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengenai perancangan tahun ini termasuk latihan intensif di luar negara.

“Tahun 2024 lebih kepada meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki kelemahan yang ada. Fokus sekarang beralih kepada progres bulanan daripada terlalu teruja untuk meme­cahkan rekod kebangsaan.

“Saya dah pelajarinya tahun lepas. Seperti jurulatih beritahu, masanya akan tiba kalau saya dapat tetapkan minda yang betul dan melaksanakan teknik de­ngan sempurna,” katanya.

Buat masa ini, hanya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya dan Malang, Indonesia dari 25 Jun hingga 6 Julai adalah satu-satunya kejohanan yang sah bakal disertai oleh Queenie ­tahun ini.

Sebagai rekod, kejohanan terdekat mungkin disertai atlet-atlet olahraga negara yang lain adalah Dalam Dewan Asia 2024 di Tehran, Iran dijadualkan 17 hingga 19 Februari nanti.

Queenie tak terburu pecah rekod Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kegagalan ‘Kartel Tun’ di belakang KUDETA ‘Dubai’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker