Piala Cabaran: PDRM FC sahkan slot final

Piala Cabaran: PDRM FC sahkan slot final

Piala Cabaran: PDRM FC sahkan slot final
BINTANG import, Uche Agba (tengah) muncul wira PDRM FC untuk tewaskan Penang FC 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di stadium MBPJ, sebentar tadi. – MFL

PETALING JAYA – PDRM FC mengesahkan tempat di perlawanan akhir Piala Cabaran apabila mengecewakan Penang FC 4-1 secara agregat.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi, Uche Agba muncul wira The Cops apabila menyumbangkan dua gol di separuh masa kedua.

PDRM FC yang raih kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama, 21 Oktober lalu dilihat tidak terlalu terdesak untuk mendapatkan tambahan jaringan.



Walaupun aksi seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan, tiada percubaan menarik mampu dihasilkan untuk memaksa PDRM FC dan Penang FC menamatkan 45 minit pertama tanpa jaringan.

Lapan minit selepas aksi bersambung, PDRM FC sepatutnya sudah mampu berada di depan namun sentuhan pertama Nabil Ahmad Latpi sedikit mengecewakan sekaligus memudahkan penjaga gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi melakukan halangan.

Selang enam minit selepas itu, Agba akhirnya merobek gawang pelawat dan Penang FC wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik untuk mencipta jaringan.

Minit ke-81, sisa perjuangan pelawat akhirnya menemui titik noktah apabila Agba menambah gol kedua PDRM FC.



Semalam, Kuching City memastikan slot final selepas menyingkirkan Kelantan United 3-1 secara agregat. – KOSMO! ONLINE

Piala Cabaran: PDRM FC sahkan slot final


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker