Remaja putus jari kereta terbabas

Remaja putus jari kereta terbabas

Remaja putus jari kereta terbabas
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada seorang remaja lelaki yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Rasah menghala Ampang Pecah, dekat Kampung Napi, Kuala Kubu Bharu, petang tadi. – Foto NSTP/IHSAN BOMBA

HULU SELANGOR: Seorang remaja lelaki putus jari kelingking selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Rasah menghala Ampang Pecah dekat Kampung Napi, Kuala Kubu Bharu, di sini, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.44 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun.

“Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Morni berkata, mangsa bagaimanapun bertindak keluar sendiri daripada keretanya sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata, selain jari kelingking putus, mangsa juga cedera di kaki kiri.



“Remaja lelaki itu kemudian diberi rawatan awal oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki ambulans,” katanya.

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

Remaja putus jari kereta terbabas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lapuran SPRM Kepada Mahkamah Terdedah, Apakah DS Najib Akan Terus Di Zalimi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker